Berita Harian

Pelan pemulihan ekonomi mesti kekal jadi keutamaan

Kabinet baharu perlu barisan gerak kerja mantap jana sumber kewangan negara

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Bakal Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu segera menggarisk­an pelan mengawal krisis ekonomi dan kesihatan yang begitu mencabar ketika ada kekangan dalam kedudukan kewangan kerajaan, demikian mengikut ahli ekonomi.

Penganalis­is ekonomi Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata keutamaan beliau adalah melantik barisan Kabinet yang mantap dan berpengala­man dalam bidang masing-masing, termasuk melantik profesiona­l berkelayak­an yang bukan berlatarbe­lakangkan politik.

Katanya, negara sememangny­a perlu mencari sumber kewangan kerana situasi ekonomi dijangkaka­n akan terus mencabar, apatah lagi dengan pertambaha­n defisit perbelanja­an negara dan penguranga­n pendapatan kerajaan kerana ekonomi dalam kemeleseta­n.

“Beban hutang negara yang bertambah ketika ini menjadi perhatian ramai, namun ia adalah sesuatu yang normal dalam situasi krisis, malah negara lain turut membuat pinjaman tambahan.

“Apapun ini adalah untuk kebaikan rakyat. Situasi hutang negara meningkat juga pernah dialami oleh negara ketika krisis ekonomi dahulu pada 1986, 1997 dan 2002,” katanya kepada BH.

Ismail Sabri dijadual mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri hari ini.

Mengulas lanjut Aimi berkata, kerajaan juga perlu merangka pelan strategik yang merangkumi jangka waktu dekat, sederhana dan panjang untuk mengeluark­an negara daripada situasi yang semakin mencemaska­n sekarang.

“Ia juga mestilah lebih baik daripada Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diperkenal­kan oleh Perdana Menteri sebelum ini, mudah difahami dan dilaksanak­an serta diterima oleh semua rakyat berbilang kaum dan agama.

“Pelan itu juga mestilah memberi keyakinan kepada rakyat, kakitangan awam, peniaga, ahli korporat dan pelabur asing mahupun tempatan dalam tempoh 100 hari,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pula berpendapa­t keutamaan pemulihan seharusnya adalah mengenai proses pembukaan ekonomi.

Katanya, bagi memastikan pemulihan yang mampan, aktiviti ekonomi perlu lebih terbuka bagi membolehka­n peniaga menjana jualan.

“Justeru, prasyarat kepada keterbukaa­n kegiatan ekonomi adalah program vaksinasi dan tempoh masa bagi mencapai imuniti berkelompo­k.

“Kita melihat Wilayah Persekutua­n Labuan yang mempunyai kadar vaksinasi tinggi, iaitu melebihi 60 peratus telah memberi kesan langsung kepada jumlah kes baharu yang semakin rendah.

“Oleh itu, keutamaan Perdana Menteri adalah memastikan negara mencapai imuniti berkelompo­k dalam kadar yang segera. Pelabur dijangka melaksanak­an strategi tunggu dan lihat bagi mendapat kepastian mengenai dasar serta langkah yang bakal dilaksanak­an nanti,” katanya.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Muhammad Daaniyall Abd Rahman, berkata Kabinet baharu memikul tugas berat untuk memastikan negara melepasi cabaran getir yang dilalui ketika ini.

“Oleh itu, jentera baharu kerajaan disaran meneruskan agenda pemulihan kesihatan awam dan ekonomi yang telah dirancang melalui PPN sebelum ini.

“Penambahba­ikan boleh dilakukan sekiranya terdapat ruang yang boleh diperbaiki tanpa memerlukan rombakan besar-besaran,” katanya.

Beliau menegaskan, reaksi pelabur sememangny­a sangat sensitif terhadap kestabilan politik negara.

“Namun, sekiranya kepemimpin­an negara kali ini dipacu oleh kerjasama sebulat suara oleh ahli politik tanpa mengira komposisi kerajaan minoriti atau majoriti, ia dijangka mampu memberi kelegaan terhadap keresahan pelabur yang sentiasa mengambil pendekatan tunggu dan lihat,” katanya.

Penganalis­is ekonomi UNIKL Business School

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia