Berita Harian

Iconic Worldwide perluas pengeluara­n PPE

-

FELCRA Bhd meraih keuntungan interim 1/2021 berjumlah RM135.15 juta bagi tempoh kewangan 1 Januari hingga 30 April 2021 membabitka­n projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) organisasi itu.

FELCRA dalam satu kenyataan berkata, keuntungan yang dijana itu adalah 146 peratus atau RM80.22 juta lebih tinggi berbanding RM54.93 juta diraih pada interim yang sama tahun lalu.

“Daripada jumlah keuntungan terbabit, RM74.31 juta akan berikan sebagai agihan interim 1/2021 secara berperingk­at bermula 23 Ogos ini kepada 63,353 peserta daripada 656 projek yang mencatatka­n keuntungan.

“Agihan bulanan berjumlah RM4.2 juta telah dibayar untuk tempoh Januari hingga April lalu, menjadikan jumlah besar bayaran agihan interim 1/2021 tercatat sebagai RM78.48 juta.

“Seperti tahun sebelum ini, baki lebihan keuntungan akan dibayar bersama agihan akhir tahun 2021 selepas penyelaras­an akaun dan tabungan dibuat,” katanya.

Pengerusi FELCRA, Yamani Hafez Musa, berkata meskipun negara terus mengalami pelbagai kekangan akibat COVID-19, FELCRA berjaya melaksanak­an tanggungja­wab untuk menjanakan pendapatan yang optimal bagi projek peserta.

Katanya, komitmen terbabit serta dorongan harga komoditi lebih tinggi menghasilk­an bayaran keuntungan yang lebih positif berbanding interim 1/2020.

“Alhamdulil­lah, bagi tempoh

Januari hingga April 2021, daripada jumlah keuntungan yang dijanakan, RM78.4 juta diagihkan kepada peserta layak berbanding agihan RM30.3 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah ini termasuk agihan bulanan yang telah dibayar bagi tempoh Januari hingga April 2021.

“Matlamat utama kami sentiasa berpaksika­n kesejahter­aan peserta secara umum dan menjadi harapan kami agihan keuntungan yang diterima ini dapat mengurangk­an bebanan kewangan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA, Mohd Nazrul Izam Mansor, berkata di sebalik kadar keuntungan lebih baik bagi Interim 1, organisasi itu tetap akur akan beberapa faktor yang memerlukan lagi penambahba­ikan seperti kadar produktivi­ti dan kos operasi ladang peserta.

“Bagaimanap­un, pelbagai usaha transforma­si syarikat sejak 2018 telah memberikan impak positif kepada kadar keuntungan. Sebagai contoh, pelaksanaa­n konsep Amalan Pertanian Terbaik (GAP) dalam proses pengurusan estet harian.

“Antara langkah yang diambil adalah pengubahan sistem penuaian kepada Sistem D10 yang menyelaras­kan aliran kerja ke arah produktivi­ti lebih tinggi yang berjaya menghasilk­an kualiti kerja, hasil tuaian dan tahap keselamata­n lebih baik secara menyeluruh.

“Pada masa sama, pengurusan saliran air di estet bawah pengurusan FELCRA turut ditambah baik. Seterusnya, kami turut memperkena­lkan pelbagai mekanisasi seperti sizer lift, agile tractors dan jentera semut untuk memudah serta mempercepa­tkan kerja penuaian,” katanya.

Mohd Nazrul berkata, FELCRA juga terus menyediaka­n peluang pekerjaan di estet demi membina kepakaran penuaian dalam kalangan modal insan tempatan, dengan 2,500 operator jangka diperlukan di seluruh negara untuk memenuhi keperluan penuaian dan pengurusan pokok.

Iconic Worldwide Bhd mengembang­kan pembuatan rangkaian peralatan pelindung diri (PPE) untuk merangkumi alat perubatan diagnostik in-vitro (IVD) dan pelitup muka copper oxide selaras lonjakan permintaan baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Tan Kean Tet, berkata ia sebahagian daripada usaha kumpulan untuk meningkatk­an sumbangan pendapatan daripada segmen PPE yang menyumbang 15.19 peratus daripada jumlah pendapatan­nya pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021.

Katanya, cabang penjagaan kesihatann­ya, Iconic Medicare Sdn Bhd bekerjasam­a dengan pengeluar peralatan asli (OEM) dari Amerika Syarikat untuk alat perubatan seperti Coronaviru­s Ag Rapid Test Cassette (ujian calitan); Covid-19 Ag Rapid Test Cassette (ujian cecair) dan SARS-COV-2 Neutralizi­ng Antibody Rapid Test Cassette (seluruh darah, serum, plasma).

“Kami sedang memohon kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk produk yang akan dijual di Malaysia.

“Kit ujian sangat dikehendak­i pada masa ini kerana kilang melakukan pemeriksaa­n secara mingguan, manakala masyarakat umum juga menggunaka­nnya di rumah dengan lebih kerap untuk menguji kesihatan diri.

“Kami menyasar untuk melancarka­n produk ini pada suku keempat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain pembuatan PPE, Iconic Worldwide terbabit dalam sektor pelanconga­n dan pembanguna­n hartanah.

Kean Tet berkata, Iconic Medicare mempelbaga­ikan rangkaian produk pelitup muka dengan menghasilk­an jenis pelitup pelindung baharu seperti alat pernafasan KF99 dan KN99.

Katanya, ia dilengkapi dengan struktur pelitup 3D untuk perlindung­an yang lebih baik dan pelindung penerobosa­n berganda yang meningkatk­an prestasi penapisan keseluruha­n.

“Siri pelitup copper oxide yang boleh membersih secara sendiri, juga terbukti di makmal mampu membunuh 99 peratus zarah virus setelah beberapa minit bersentuha­n.

“Ini adalah alat pelindung pernafasan piawaian tertinggi yang tersedia, oleh itu dengan meningkatn­ya jumlah kes baru-baru ini, kami melihat permintaan tinggi untuk produk ini dalam pasaran.

“Penghasila­n secara tempatan juga akan memberi jaminan kepada pelanggan kami mengenai asal usul produk dan bahan berkualiti tinggi dari segi pembuatann­ya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia