Berita Harian

3 terbunuh ketika protes anti-taliban

Puluhan penduduk Jalalabad mahu kibar bendera Afghanista­n cedera ditembak

-

Kabul: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh ketika tunjuk perasaan anti-taliban yang pertama di Jalalabad, timur Afghanista­n kelmarin.

Tragedi berlaku tatkala Taliban berusaha mengubah tanggapan rakyat Afghanista­n dengan berjanji bersikap lebih adil dan saksama terutama terhadap wanita.

Puluhan penduduk Jalalabad dilaporkan­cederasele­paspejuang Taliban melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di bandar itu, menurut beberapa saksi.

Difahamkan, tembakan dilepaskan apabila penduduk tempatan cuba memasang bendera kebangsaan Afghanista­n sempena hari kemerdekaa­n ke 102 negara itu, di sebuah dataran kira-kira 150 kilometer dari Kabul di jalan utama ke Pakistan.

Bendera Taliban berwarna putih yang tertulis kalimah syahadah dinaikkan di kebanyakan lokasi di Afghanista­n selepas mereka kembali berkuasa dengan pantas iaitu hanya 11 hari.

Kelmarin, Taliban mengeluark­an satu kenyataan yang mengiktira­f hari kemerdekaa­n Afghanista­n dan kekalahan empayar British serta pendudukan Russia yang berakhir pada 1989.

Kini, Taliban menyifatka­n pengundura­n tentera Amerika Syarikat (AS) dari negara itu selepas 20 tahun sebagai kebanggaan besar bagi Afghanista­n.

Dalam perkembang­an berkaitan, salah seorang pemimpin dan pengasas Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar, kembali ke Afghanista­n kali buat pertama sejak lebih 10 tahun.

Seorang pegawai kanan Taliban berkata, lebih ramai pemimpin kumpulan itu akan menunjukka­n diri mereka kepada dunia, tidak seperti pada masa lalu dengan mereka hidup secara rahsia. AGENSI

Tunjuk perasaan di Jalalabad oleh pihak anti-taliban.

 ?? (Foto AP) ??
(Foto AP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia