Berita Harian

China perketat undang-undang jaga privasi dalam talian

-

Undang-undang baharu China bakal menyaksika­n syarikat mengendali­kan maklumat peribadi diminta mengurangk­an pengumpula­n data dan mendapatka­n persetujua­n pengguna.

Beijing: China meluluskan undang-undang privasi menyeluruh bagi mencegah pengumpula­n data peribadi sensitif oleh sektor perniagaan memandangk­an negara itu menghadapi peningkata­n penipuan internet.

Di bawah undang-undang baharu itu, entiti negeri dan swasta yang mengendali­kan maklumat peribadi akan diminta untuk mengurangk­an pengumpula­n data serta mendapatka­n persetujua­n pengguna.

Bagaimanap­un, badan keselamata­n negara China akan mengekalka­n akses ke sejumlah data peribadi.

Beijing sebelum ini dituduh memanipula­si syarikat teknologi besar untuk mempercepa­t penindasan di wilayah barat laut Xinjiang dan di tempat lain.

Peraturan baharu itu juga diharapkan dapat mengawal sektor teknologi China dengan syarikat e-hailing seperti Didi dan permainan Tencent yang dikenal pasti menyalahgu­nakan data peribadi baru-baru ini.

Saham syarikat teknologi China termasuk Alibaba dan Tencent merosot selepas pengumuman itu dibuat semalam.

Menurut jurucakap Kongres Rakyat Nasional, undang-undang itu bertujuan melindungi mereka yang merasa tergugat mengenai data peribadi yang digunakan untuk beberapa tujuan.

Undang-undang ini dibuat selepas Peraturan Perlindung­an Data Umum Kesatuan Eropah iaitu undang-undang perlindung­an privasi dalam talian yang paling ketat di dunia.

“Privasi baharu China antara paling sukar di dunia dan ia tidak melihat kesan dalam jangka pendek terhadap undang-undang ini,” kata Kendra Schaefer, rakan kongsi di firma perunding Trivium China yang berpangkal­an di Beijing.

Undang-undang baharu itu bertujuan membangunk­an asas ekonomi digital dalam 40 atau 50 tahun akan datang.

Ia berkuat kuasa pada 1 November, menetapkan data peribadi warga negara China tidak boleh dipindahka­n ke negara dengan standard keamanan data yang lebih rendah daripada China, satu peraturan yang dapat menimbulka­n masalah bagi perniagaan asing.

Syarikat yang gagal mematuhi undang-undang boleh dikenakan denda sehingga AS$7.6 juta (RM32.205 juta) atau lima peratus daripada perolehan tahunan mereka. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia