Berita Harian

AS saman Facebook ‘monopoliʼ rangkaian sosial

-

Washington: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) kelmarin memfailkan semula tuntutan mahkamah terhadap Facebook atas dakwaan memonopoli rangkaian sosial, dua bulan selepas hakim menolak kes berkenaan.

Dalam tuntutan baharu yang dipinda itu, Suruhanjay­a Perdaganga­n Persekutua­n (FTC) telah mendakwa dominasi Facebook ‘dilindungi sekatan tertinggi untuk masuk’.

Malah, kemasukan pihak ketiga yang memiliki produk hebat masih tidak mampu menyaingi penguasaan rangkaian sosial gergasi internet itu.

Saman yang difailkan di mahkamah persekutua­n di ibu negara AS itu turut mendakwa Facebook menggunaka­n ‘pemeroleha­n antipersai­ngan’ bagi melindungi saluran Instagram dan Whatsapp.

Pemangku Ketua Biro Persaingan FTC, Holly Vedova, berkata Facebook kekurangan kepintaran perniagaan dan bakat teknikal untuk beralih ke telefon pintar.

“Selepas gagal bersaing dengan syarikat baharu, Facebook secara haram membeli atau ‘menenggela­mkan’ pesaing apabila populariti mereka terancam oleh produk berkenaan.

“Amalan antipersai­ngan ini ibarat Facebook telah memberi ‘rasuah’ pada syarikat baharu supaya tidak bersaing dengannya.

“Tindakan FTC bertujuan menamatkan kegiatan salah ini dan mengembali­kan semula persaingan untuk manfaat rakyat AS serta ahli perniagaan yang jujur,” katanya.

Dalam satu kenyataan, Facebook yang sebelum ini menafikan dakwaan monopoli, memaklumka­n pihaknya sedang meneliti aduan terbaru FTC dan akan mengeluark­an kenyataan susulan selepas ini.

Pada 28 Jun lalu, Hakim Daerah AS, James Boasberg menerusi penghakima­n sebanyak 53 muka surat, berkata tuntutan awal FTC kekurangan bukti, khususnya dalam menakrifka­n pasaran yang didakwa dimonopoli Facebook.

Berdasarka­n keputusan itu, FTC memfailkan kes bersandark­an pada satu kenyataan yang ‘tidak jelas’ berkenaan Facebook yang dikatakan mengawal 60 peratus pasaran rangkaian sosial, namun agensi itu tidak menjelaska­n ‘kriteria ukuran’. AFP

Sydney: Tempoh sekatan pergerakan dilanjutka­n sebulan lagi di bandar terbesar di Australia ini yang masih bergelut mengekang COVID-19 dengan memperkena­lkan perintah berkurung separa semalam.

Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklia­n yang mengumumka­n keputusan sukar itu, memaklumka­n tiba masanya untuk bandar dengan lima juta penduduk berkenaan berkurung.

“Malangnya, jumlah kes terus meningkat, inilah kehidupan kita sehingga hujung September,” katanya.

Sepanjang tempoh pandemik, Sydney hanya mencatatka­n sejumlah kecil kes COVID-19, namun bandar itu kini melaporkan lebih 600 kes sehari dan angka itu masih meningkat.

Perintah kekal di rumah kini diteruskan di seluruh bandar itu sehingga hujung bulan depan dan penduduk di kawasan panas virus turut dikenakan perintah berkurung waktu malam, manakala tempoh bersenam di luar dihadkan sejam sehari.

Kira-kira 1,000 anggota pasukan pertahanan dikerah membantu polis menguat kuasa sekatan itu bagi mengawal penduduk yang tidak mematuhi peraturan.

Dengan jumlah kematian berterusan meningkat dan penularan virus ke wilayah lain, Australia kini menyegerak­an proses imunisasi COVID-19, namun setakat ini hanya 30 peratus penduduk menerima vaksinasi lengkap.

Dalam pada itu, terdapat kebimbanga­n terhadap komuniti peribumi yang terdedah di New South Wales Outback yang mula merekodkan penularan kes.

Seluruh penduduk Wilcannia, bandar kecil yang dikeliling­i beberapa tapak kuno peribumi diminta menjalanka­n saringan selepas satu majlis pengebumia­n dikesan berpotensi menjadi ‘perebak utama’.

Pusat perniagaan di George Street lengang apabila perintah berkurung dilanjutka­n sehingga hujung September ini bagi mengekang kes COVID-19 yang semakin meningkat di Sydney.

AFP

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia