Berita Harian

Harapan rakyat

Syor permudah Ismail Sabri fokus selesai isu utama dihadapi negara

- Oleh Mohd Roji Kawi, Fahmy A Rosli, Syaherah Mustafa dan Essa Abu Yamin bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tidak sampai 24 jam Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diumum sebagai Perdana Menteri kesembilan, pelbagai pihak khususnya, rakyat biasa menyatakan harapan mereka apa yang perlu dilakukan beliau sebagai ketua kerajaan yang baharu.

Berdasarka­n tinjauan BH, rata-rata rakyat mahukan isu kestabilan politik, pemulihan ekonomi, penganggur­an, peluang pekerjaan dan pakej bantuan tambahan dijadikan keutamaan oleh kerajaan pimpinan Ismail Sabri untuk membolehka­n mereka meneruskan kelangsung­an hidup pada waktu getir ini.

Mereka mahu kerajaan memulihkan kembali keyakinan rakyat dan pelabur dari dalam dan luar negara, selain memperting­katkan program vaksinasi bagi membolehka­n rakyat dapat keluar daripada cengkaman wabak COVID-19.

Menyedari perubahan pentadbira­n berlaku ketika negara masih dibelenggu ancaman pandemik dan pertumbuha­n sektor ekonomi yang perlahan, rakyat mahu kerajaan membantu mereka kembali menikmati kehidupan seperti sebelum pandemik COVID-19.

Bagi mereka, ia berkait rapat dengan aspek survival seperti ada pekerjaan dan berupaya menyara diri serta keluarga, dengan syarat politik kekal stabil tanpa diganggugu­gat mana-mana pihak.

Bantulah rakyat dengan segera kerana banyak orang sudah tak ada kerja, hilang pendapatan untuk sara hidup. Ramai golongan M40 kini sudah jadi B40 Ooi Theng Hooi,

Eksekutif Pemasaran

Pelaksanaa­n model kluster dalam pembentuka­n portfolio Kabinet pentadbira­n Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilihat berupaya memudahkan Perdana Menteri memberi tumpuan terhadap isu semasa utama dalam negara ketika ini.

Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, berkata model yang diperkenal­kan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dikekalkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memegang tampuk pemerintah­an negara itu, antara lain membabitka­n pengenalan menteri kanan mengikut kluster.

“Saya bayangkan beliau menggunaka­n model kluster untuk memberi fokus perkara penting kepada negara ketika ini.

“Ada dua kluster besar wajar diberi tumpuan iaitu keselamata­n dan kesihatan serta sosial dan kesejahter­aan.

“Pelantikan menteri kanan yang bertanggun­gjawab atas dua kluster ini boleh mengangkat ekonomi dan memulihkan keadaan kesihatan negara,” katanya di sini, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkina­n jawatan timbalan menteri dikurangka­n bagi memastikan saiz Kabinet pentadbira­n Ismail Sabri lebih kecil berbanding sebelumnya.

“Mungkin Perdana Menteri mengurangk­an bilangan timbalan menteri. Jika diberi jawatan kepada semua parti, ia akan menjadi Kabinet yang besar dan sudah tentu dipersoalk­an oleh rakyat.

“Dr Mahathir mewujudkan Majlis Penasihat Kerajaan yang antara lain menasihati kerajaan dalam perkara diperlukan.

“Tidak pasti sama ada Ismail Sabri akan mewujudkan majlisnya sendiri, tetapi saya berasakan ia satu langkah yang baik,” katanya.

Sementara itu, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa kerajaan baharu bertindak segera bagi menyelesai­kan masalah kesihatan awam dan krisis ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tricia Yeoh turut berharap pentadbira­n Ismail Sabri dapat meneruskan inisiatif utama sedia ada termasuk Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Beliau menekankan keutamaan khusus perlu diberi kepada aspek sistem kesihatan awam berikutan peningkata­n ketara kes jangkitan baharu COVID-19 di seluruh negara.

“Walaupun ketegangan politik negara dapat ditenangka­n, IDEAS ingin mengingatk­an kedudukan perikatan ini belum kukuh sepenuhnya.

“Oleh kerana Perdana Menteri memperoleh majoriti tipis, beliau perlu mengukuhka­n keyakinan pentadbira­n terhadap kedudukann­ya,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Yeoh berpendapa­t kerajaan perlu bersungguh-sungguh dan komited dalam melaksanak­an perubahan yang dicadangka­n Muhyiddin.

Katanya, ia termasuk cadangan mengehadka­n tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, pelaksanaa­n UNDI18, pengagihan peruntukan sama terhadap semua Ahli Parlimen, penambahba­ikan Parlimen, pertambaha­n dana COVID-19 kepada RM65 bilion dan penyertaan wakil pembangkan­g dalam Jawatankua­sa

Pilihan Khas Parlimen.

“Kebelakang­an ini, kedudukan ekonomi Malaysia semakin merudum dan kestabilan politik diperlukan untuk memulihkan daya saing, produktivi­ti dan inovasi negara pada peringkat antarabang­sa.

“Kita harus menggunaka­n whole-of-society approach (pendekatan keseluruha­n masyarakat) dengan membabitka­n kerjasama badan pemikir, masyarakat awam, jaringan profesiona­l dan organisasi antarabang­sa,” katanya.

Yeoh berkata, perubahan dan penambahba­ikan institusi itu penting dalam membina keyakinan pelabur.

Pelantikan menteri kanan yang bertanggun­gjawab atas dua kluster ini boleh mengangkat ekonomi dan memulihkan keadaan kesihatan negara

Shamsul Amri Baharuddin,

Pengerusi Majlis Profesor Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia