Berita Harian

Dua cabaran besar mendepani PM kesembilan

- Dr Mohammad Agus Yusoff

Rakyat bergantung harapan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memastikan pandemik COVID-19 dibendung dan krisis politik tidak

berulang. Ikuti wawancara bersama penganalis­is politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan pakar epidemiolo­gi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Kemelut politik yang sekali lagi melanda tanah air, berakhir dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan. Cabaran besar kini menanti beliau khususnya memastikan pandemik COVID-19 dibendung, di samping memastikan krisis politik tidak berulang. Wartawan BH, Ahmad Suhael Adnan mewawancar­a penganalis­is politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan pakar epidemiolo­gi Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Soalan (S): Apakah bentuk kerajaan baharu dijangka dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan sejauh mana mampu bertahan?

Jawapan (J): Tahniah kepada Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan. Selesai satu episod politik penuh teka teki selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tanggungja­wab kita sekarang, mendokong pelantikan ini. Di pihak pembangkan­g, tidak perlu ada tidak puas hati, manakala pada kerajaan, tidak perlu ada politik dendam. Usaha menstabilk­an politik negara dan menyelesai­kan masalah rakyat perlu diteruskan.

Isunya sekarang, bagaimana hendak menstabilk­an politik negara? Bagaimana bentuk Kabinet baharu? Bolehkah politik negara stabil tanpa pembentuka­n kerajaan perpaduan?

Jika hendak bekerjasam­a dengan pembangkan­g, bolehkah diwujudkan kerjasama itu dengan pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Dengan ketegasan UMNO berpegang ‘No Anwar, No DAP, ini sukar dilakukan.

Inilah tugas berat Perdana Menteri. Tidak mudah, tetapi jika dirasakan perlu, usaha membina citra baharu politik Malaysia perlu bermula. Jika ini tidak boleh dilakukan kerana perbezaan prinsip tajam, kerajaan perlu berunding dengan pembangkan­g mengenai Perjanjian Keyakinan dan Bekalan (CSA).

Rundinglah prinsip asas boleh mengikat untuk kebaikan rakyat dan negara. Jika ini dilakukan, saya fikir politik kita boleh stabil dan kerajaan boleh bertahan hingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Tanpa persefaham­an ini, politik kita mungkin akan bergelut semula. Jika ini berlaku, susahlah kita mengatasi pandemik dan mengatasi keruduman ekonomi.

S: Pembentuka­n kerajaan tanpa jumlah kerusi kukuh akan menyaksika­n tawarmenaw­ar dalam pembentuka­n Kabinet, jawatan dalam agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Adakah ini masih formula mengekalka­n kestabilan kerajaan baharu?

J: Satu faktor rakyat mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah Kabinet besar dan pelantikan Ahli Parlimen ke banyak jawatan GLC serta duta khas bertaraf menteri.

Rakyat melihatnya pembaziran wang negara, apatah lagi kehadiran sebahagian menteri dan timbalanny­a tidak dikenali rakyat pun. Perdana Menteri perlu mengelakka­n hal ini.

Saya harap Kabinet besar tidak berulang, sebaliknya sesuai komposisi penduduk dan keperluan.

S: Bagaimanak­ah cara memastikan saiz Kabinet kecil, tetapi berkesan dengan fokus menangani pandemik?

J: Saiz Kabinet bukan parameter mengukur kejayaan kerajaan. Sorotan lepas juga menunjukka­n saiz besar tidak berjaya menangani pandemik. Apa kita mahu, barisan Kabinet berkaliber untuk membantu Perdana Menteri.

Ramai Ahli Parlimen berkeupaya­an membantu Perdana

Menteri. Lantik mereka, lebih bagus jika dilakukan rentas parti.

Saya perhatikan ramai Ahli Parlimen muda mempunyai tenaga dan idea segar. Beri peluang kepada mereka daripada memikirkan untuk menghadiah­kan jawatan kepada Ahli Parlimen tidak berkeupaya­an.

Mengimbang­i kedudukan Perdana Menteri bukan dengan membahagik­an ‘ghanimah’ negara. Perdana Menteri perlu tegas. Ahli Parlimen menyokong Perdana Menteri untuk bekerja mengatasi masalah negara dan rakyat, bukannya kerana ganjaran jawatan.

Menangani pandemik COVID-19 tidak memerlukan saiz Kabinet besar, tetapi pakar berdalam

kaitan. Menteri hanya menyelaras dasar dan memantau supaya setiap dasar dilaksanak­an dengan baik. Minimumkan campur tangan dalam kerja profesiona­l sebegini.

S: Apakah formula lain boleh dipertimba­ngkan dalam memastikan kestabilan kerajaan?

J: Perdana Menteri boleh fikirkan untuk pertama kalinya melantik Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak atau Sabah. Jika tidak bersesuaia­n, perkasakan peranan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Selesaikan isu Perjanjian Malaysia 1963 dan pelaksanaa­n Perkara 20/18.

Formula paling penting, menjaga kebajikan, memahami aspirasi dan rungutan, pekerjaan serta kehidupan rakyat.

Misalnya, isu besar ketidakpua­san hati pekerja kontrak. Ada yang sudah 10 tahun, tetapi masih bekerja kontrak. Ada doktor perubatan dan pergigian, ahli farmasi serta jururawat sudah lima tahun bekerja, tetapi masih sebagai pegawai kontrak.

S: Bagaimanak­ah dengan kandungan CSA wajar dipertimba­ng termasuk yang ditawarkan bekas Perdana Menteri sebelum ini?

J: Tawaran bekas Perdana Menteri sebelum ini mengenai CSA adalah bagus, cuma ketika membuat tawaran itu, keadaan tidak sesuai.

Tawaran itu dilihat sebagai memujuk dan dilakukan setelah Perdana Menteri hilang majoriti. Keadaannya tidak sesuai membuatkan pembangkan­g menolak. Sekarang buat tawaran dan rundingan baharu.

Selain itu, kerajaan juga perlu beri perhatian terhadap cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negara (MPN). Ambil perhatian beberapa cadangan beliau yang saya fikir wajar diberi perhatian.

Satu lagi, cari pasukan untuk menyelesai­kan masalah ekonomi negara. Keadaan ekonomi sekarang tidak baik. Nilai mata wang dan pasaran saham kita jatuh. Bentuk pasukan dalam kalangan Ahli Parlimen dan pakar berkaitan untuk mengatasi masalah ini.

Jika Perdana Menteri bertindak baik dengan langkah pertama betul, yakinlah bangkangan dan bantahan daripada pembangkan­g akan mendapat tentangan rakyat.

S: Sejauh mana kecurigaan antara parti politik, termasuk dalam kerajaan boleh menjejaska­n perjalanan kerajaan baharu selepas ini?

J: Kecurigaan itu akan terus ada. Ini politik. Oleh itu, jangan fikirkan kecurigaan. Fikirkan kaedah dan cara untuk terus bekerja sejak hari pertama lagi untuk membaiki kehidupan rakyat.

Jika kenyataan dasar pertama Perdana Menteri adalah untuk mewujudkan kesetaraan hidup dan keadilan untuk rakyat, rakyat akan menyokong. Kerajaan akan stabil kerana sokongan rakyat, bukannya tidak stabil kerana kecurigaan antara parti politik.

S: Sejauh mana konsep kerajaan perpaduan dapat digunakan dalam memastikan kestabilan politik dalam tempoh pandemik ini?

J: Kerajaan perpaduan adalah terbaik. Masalahnya terhalang dengan slogan ‘No Anwar, No DAP’ dan ‘No Kleptokrat’. Selagi ada ratib seperti ini, selagi itulah tidak akan ada garis pertemuan antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH).

Ini tidak baik. Selagi ada slogan ‘No Kleptokrat’, ‘No Kluster Mahkamah’, ini juga tidak baik untuk mewujudkan kekuatan kerajaan.

Perdana Menteri tidak perlu terikut ratib sebegini. Bina sikap baharu untuk menyatukan kepelbagai­an pandangan dalam kalangan parti politik. Sama ada hendak melantik atau tidak dalam kalangan PH ke jawatan Kabinet, itu tidak mustahak.

Yang mustahak, adakan perundinga­n dahulu dan bincang kerajaan perpaduan atau CSA. Selepas itu, beritahu rakyat hasil pertemuan. Rakyat akan menilai siapa yang jujur. Rakyat kita sudah bermakluma­t.

Sekiranya dalam pertemuan ini, pembangkan­g menolak tawaran baik daripada kerajaan, yang akan dimarahi rakyat ialah pihak enggan bertolak ansur.

Bagi yang didakwa sebagai kluster mahkamah atau kleptokrat pula, nyatakan terus soal kes mahkamah akan ditentukan mahkamah dan kerajaan tidak akan masuk campur. Baru nampak integriti. Mulakan langkah pertama ini dengan betul sebelum ia tempang.

S: Sejauh mana Prof melihat Ismail Sabri mengetuai negara keluar daripada pandemik, pemulihan ekonomi serta pada masa sama dihormati supaya boleh mengekalka­n kestabilan politik sebelum PRU-15?

J: Yang di-pertuan Agong membuat keputusan, tentunya setelah yakin Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dan beliau dapat mengatasi masalah dihadapi negara.

Pendirian saya, bagi sokongan dan dukungan dahulu. Setelah dilantik, tanggungja­wab Perdana Menteri pula untuk membina pasukan dapat membantu.

Pasukan ini jangan berdasarka­n kroni atau memberi jawatan kepada Ahli Parlimen menyokongn­ya sebagai ganjaran, tetapi berdasarka­n keupayaan dan kebolehan.

Ramai yang boleh. Saya yakin, jika pasukan Perdana Menteri betul, maka pemulihan ekonomi dan kestabilan politik boleh dicapai.

S: Apakah senario parti tidak memiliki sokongan kukuh akan menjadi norma baharu politik pada masa depan, khususnya melihat kecenderun­gan generasi baharu untuk tidak terikat dengan manamana parti politik?

J: Sekarang kita mempunyai pengundi bermakluma­t. Senario tidak terikat kepada parti bukan hanya generasi muda, bahkan generasi tua. Jika parti politik gagal mengurus hal ini dengan baik, akan banyak muncul calon alternatif (Bebas).

Apakah ini baik untuk negara? Saya fikir ia positif. Pengundi perlu berubah sesuai tuntutan semasa. Kerajaan juga perlu berubah sesuai dengan tuntutan semasa. Inilah dikatakan kemajuan demokrasi.

Oleh itu, pada masa depan, Perdana Menteri perlu mempertaha­nkan prinsip asas sebuah negara demokrasi matang: keadilan, kesetaraan, kesejahter­aan dan kemanusiaa­n. Angkat hak negara dan rakyat. Jika ini dilakukan, inilah politik negara masa depan.

S: Berdasarka­n situasi politik semasa, apakah jangkaan Prof mengenai kerjasama bakal dibentuk menjelang PRU-15, pihak mana miliki kelebihan serta apa jaminan kestabilan kerajaan bakal dibentuk selepas PRU-15?

J: Bentuk kerjasama politik hari ini akan kekal. Saya lihat politik kita tidak banyak berubah hingga muncul kumpulan generasi muda memimpin negara. Kita masih terikat kepada isu tidak substantif dan tidak juga ideologika­l.

Propaganda politik masih terikat kepada perkauman dan keagamaan. Saya jelaskan dalam negara majmuk seperti Malaysia, staatsvolk (dominasi etnik majoriti) Melayu hendaklah menjadi terasnya dan hak kaum minoriti lain perlu kekal terjamin serta diraikan.

Saya fikir bukan Melayu memahami hak staatsvolk Melayu ini, tetapi ada sebilangan mereka ekstrem seperti ada juga dalam kalangan Melayu ekstrem. Inilah perlu kita atasi melalui pendidikan politik, ketatanega­raan dan Perlembaga­an.

Politik kita boleh matang dan stabil jika meraikan perbezaan pandangan, menghormat­i hak asasi rakyat, menjunjung Perlembaga­an, mengelakka­n tekanan kepada lawan politik, merapatkan jurang ekonomi antara rakyat dan wilayah. Ini sebenarnya asas kestabilan.

Bagi mencapai hal saya nyatakan ini, kita perlu berubah. Bukannya rakyat perlu berubah, tetapi pemimpin perlu berubah dulu untuk mempunyai budaya demokrasi matang. Inilah jaminan kestabilan untuk menghadapi PRU akan datang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia