Berita Harian

Aplikasi ‘geofencing’ pantau pergerakan pesakit COVID-19 kuarantin di rumah

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Tindakan undang-undang jika keluar melebihi radius illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF) akan melancarka­n satu aplikasi ‘geofencing’ hari ini untuk memantau pergerakan pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 yang diarah menjalani kuarantin di rumah.

Mereka yang positif COVID-19 serta menjalani kuarantin di rumah akan diwajibkan memuat naik aplikasi berkenaan di telefon bimbit dan keberadaan mereka sepanjang tempoh itu akan dipantau pihak berkuasa.

Pihak berkuasa akan mengambil langkah segera, termasuk tindakan undang-undang sekiranya pesakit didapati keluar dari rumah atau melebihi radius yang sudah ditetapkan.

Komander Bersama GKV STF, Brigedier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen, berkata tujuan utama aplikasi itu dibangunka­n adalah mengurangk­an penularan dalam komuniti yang biasanya terjadi akibat sikap tidak bertanggun­gjawab pesakit COVID-19.

“Projek pilot (perintis) aplikasi ini akan bermula hari ini dan dalam tempoh 11 hari ia akan berfungsi sepenuhnya lengkap dengan notifikasi dan ‘tracking’ pesakit.

“Ia akan menjadi aplikasi yang diwajibkan terhadap mereka yang berada dalam kategori 1 dan 2 yang kuarantin di rumah,” katanya ketika memberi taklimat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, kelmarin.

Yang turut hadir Komander Bersama Joint Task Force, Datuk Dr Mohamed Alwi Abdul Rahman, yang juga Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Selayang.

Dr Mohd Arshil menjelaska­n, aplikasi ‘geofencing’ yang belum mempunyai nama ini adalah berbeza dengan aplikasi Mysejahter­a kerana ia mempunyai fungsi dan tujuan berbeza.

“Sudah tentu kita ada menjangka maklum balas negatif antaranya mengapa mahukan aplikasi lain, selain Mysejahter­a. Kita tidak mahu kacau Mysejahter­a kerana alamat di Mysejahter­a ada kalanya bukan di lokasi anda melakukan kuarantin.

“Anda mungkin meletakkan alamat rumah ibu bapa anda di Mysejahter­a, tetapi bila dijangkiti COVID-19, anda kuarantin di lokasi lain,” katanya.

GKV STF memutuskan penggunaan aplikasi ini juga untuk memudahkan pemantauan dan tindakan pihak berkuasa sekiranya ada pihak yang keluar dari kawasan kuarantin.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 dahulu, kita ada pihak polis yang akan memeriksa setiap pesakit yang kuarantin di rumah, tetapi dalam tempoh jangkitan meningkat ke angka 7,000, 8,000, malah 10,000 di Lembah Klang sahaja, adalah sukar tindakan itu dilakukan dan aplikasi ini mengisi ‘gap’ (jurang) berkenaan,” katanya.

Dr Mohd Arshil berkata, pihaknya masih mengkaji sejauh mana keberadaan pesakit yang kuarantin untuk keluar rumah.

“Pesakit tidak perlu risau untuk tidak keluar rumah langsung, sekadar untuk buang sampah, pihak berkuasa tidak akan datang ke rumah anda untuk mengambil tindakan,” katanya.

Komander Bersama GKV STF

Beliau turut memberi amaran agar tiada pesakit COVID-19 yang sengaja membuang aplikasi itu di dalam telefon atau menutup GPS GPS (global positionin­g system).

“Kita akan dapat kesan mereka yang berbuat demikian dan pihak berkuasa akan segera datang untuk mengesan anda. Ya, tindakan undang-undang akan diambil, tetapi saya lebih suka ‘soft approch’ dilaksanak­an agar semua pihak mematuhi arahan yang ditetapkan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia