Berita Harian

Eksotik haiwan albino

Sukar ditemui di habitat asal, hanya satu dalam sejuta

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Bertemu individu albino berambut, mata dan kulit berwarna putih sudah tidak asing kerana golongan itu antara populasi penduduk yang ada di seluruh dunia.

Selain manusia, ciri-ciri sama juga wujud dalam kalangan haiwan iaitu daripada kumpulan mamalia, reptilia, amfibia, burung mahupun ikan.

Namun jarang kita lihat. Hakikatnya haiwan albino ini seperti ular sawa, singa laut, ikan paus, buaya, badak, kuda, landak, harimau, katak, burung, dan ikan keli juga ada berkulit putih.

Haiwan albino sangat sensitif kepada cahaya matahari. Bagaimanap­un, di habitat asal sangat sukar ditemui dan kemungkina­n untuk ditemui satu dalam sejuta.

Justeru, haiwan itu boleh dikategori­kan sebagai unik dan jika ditemui pemburu di habitat asal pasti akan ditangkap.

Sensitif pada cahaya matahari

Ada individu yang menjadikan haiwan albino sebagai haiwan peliharaan seperti anjing, arnab dan burung, tetapi memerlukan penjagaan lebih rapi beza dengan haiwan lain.

Sebagai contoh seekor anjing albino apabila tuannya mahu membawa keluar, matanya perlu ditutup dengan penutup khas bagi mengelak silau atau jika cahaya berlebihan boleh menyebabka­n buta.

Pensyarah Kanan Program Genetik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shairah Abdul Razak, berkata haiwan albino tidak seharusnya terdedah kepada cahaya matahari kerana kulitnya sensitif.

“Namun, untuk makanan pula tiada beza dengan haiwan normal lain,” katanya.

Dr Shairah berkata, kelainan pada haiwan albino menjadikan ia eksotik dan tidak dieksploit­asi mana-mana pihak untuk kepentinga­n sendiri.

“Ini kerana kewujudan haiwan albino adalah cara semula jadi dan menunjukka­n kepelbagai­an genetik,” katanya.

Dr Shairah berkata, sama ada manusia atau haiwan kewujudann­ya dipengaruh­i oleh faktor genetik atau disebut juga pewarisan. Dalam aspek pewarisan ini, ada suatu kod arahan terdiri daripada asid deoksiribo­nukleik (DNA) yang menentukan baka atau ciri-ciri keturunan sekali gus membentuk gen.

“Gen ini menentukan ciri-ciri fizikal, iaitu warna kulit, mata atau yang tidak dapat dilihat dalam badan seperti penghasila­n protein dan lain-lain.

“Salinan gen bagi setiap ogranisma ada dua, iaitu satu salinan diwarisi daripada induk jantan dan satu lagi induk betina.

“Sebagai contoh jika gen dalam induk membawa ciri warna kulit gelap dan menghasilk­an banyak melanin, anak mewarisi salinan gen itu akan berkulit gelap.

“Gen ini juga wujud dalam manusia, haiwan, tumbuhan dan organisma hidup seperti bakteria juga,” katanya.

Gen Tyrosinase babitkan haiwan

Albino berlaku disebabkan mutasi atau sebarang perubahan berlaku pada gen yang berfungsi untuk hasilkan melanin.

Proses penghasila­n melanin itu dikawal oleh gen dinamakan sebagai gen protein Tyrosinase.

“Mutasi pula boleh berlaku secara spontan sebagai contoh jika berlaku kesilapan ketika DNA disalin dan diperbanya­kkan dalam sel badan atau disebabkan oleh pelbagai punca lain termasuk persekitar­an seperti bahan kimia, asap rokok, radiasi, sinaran ultraviole­t (UV) dan sebagainya.

“Dalam situasi normal termasuk manusia, gen protein Tyrosinase normal akan menjalanka­n fungsinya, iaitu bertindak sebagai pemangkin atau enzim dalam proses penghasila­n melanin,” katanya.

Gen Tyrosinase wujud secara meluas dalam banyak organisma haiwan bertulang belakang termasuk manusia.

“Dalam kes albino, ia mengalami mutasi iaitu berlaku perubahan pada kod DNA, mengakibat­kan fungsi gen tadi rosak, hilang, terganggu dan sebagainya.

“Jika mutasi ini berlaku pada satu salinan gen sebagai contoh dari ibu atau dari ayah sahaja, kesan mungkin tidak ketara.

“Bagaimanap­un, apa yang berlaku hingga menyebabka­n albino ialah dia menerima kedua-dua salinan gen Tyrosinase yang rosak akibat mutasi berasal daripada induk jantan dan betina, dan kini sel tidak lagi boleh menghasilk­an melanin.

“Akhirnya, kesan ketiadaan melanin tadi dimanifest­asikan pada fizikal seperti ciri keputihan pada kulit, bulu, mata, dan sisik haiwan berkenaan,” katanya.

Ada haiwan separa albino

Bagaimanap­un, ada haiwan yang berwarna putih tetapi bukan albino, namun untuk membezakan­nya adalah pada bahagian mata yang berwarna merah.

Dr Shairah berkata, ada juga haiwan separa albino seperti ular sawa Burma, berwarna putih dan kuning.

“Jika mata ular sawa itu berwarna hitam, ia separa albino tetapi jika matanya berwarna merah, ia albino penuh,” katanya.

Dr Shairah berkata, jangka hayat haiwan albino, bagi yang dijaga baik seperti di zoo atau dipelihara sebagai haiwan peliharaan mereka boleh menjadi sama dengan haiwan biasa.

Bagaimanap­un katanya, bagi haiwan liar habitat asal, jangka hayat mungkin tidak panjang seperti haiwan yang dipelihara kerana beberapa faktor.

Haiwan albino bermata merah mempunyai tahap penglihata­n terhad, sekali gus menyebabka­n ia senang menjadi mangsa haiwan lain.

“Potensi untuk haiwan itu hidup di habitat asal juga sangat tipis kerana warna putih menyukarka­n mereka membuat penyamaran.

“Sebagai contoh alligator atau buaya albino disebabkan tubuhnya putih, ia sukar menyamar dan senang menjadi mangsa haiwan lain terutama yang bersaiz kecil,” katanya.

Selain itu, haiwan albino juga sama seperti manusia mempunyai risiko tinggi menghidap kanser kulit.

 ??  ??
 ??  ?? Haiwan albino dikategori sebagai unik, jika ditemui pemburu di habitat asal pasti akan ditangkap.
Haiwan albino dikategori sebagai unik, jika ditemui pemburu di habitat asal pasti akan ditangkap.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Haiwan albino wujud disebabkan mutasi pada gen berfungsi untuk menghasilk­an melanim.
Haiwan albino wujud disebabkan mutasi pada gen berfungsi untuk menghasilk­an melanim.
 ??  ??
 ??  ?? Dr Shairah
Dr Shairah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia