Berita Harian

Sweet Qismina lantang di media sosial

Sweet lantang bersuara, pegang prinsip berani kerana benar

-

Dari sudut fizikal, pelakon Sweet Qismina, 24, sangat disenangi dengan sikap ramah, lemah lembut, tutur bicara tersusun rapi, malah amat bersopan.

Namun, lain pula kisahnya jika dalam media sosial. Bintang drama Bidadari

Salju ini dilabelkan antara selebriti lantang bersuara, tak ubah kecil-kecil cili api apabila sering membangkit­kan pelbagai isu yang tidak kena pada matanya.

Tahun lalu, Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi mencuri perhatian netizen apabila meluahkan rasa meluat terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual & Transgende­r (LGBT) yang keterlalua­n dalam mempertaha­nkan hak mereka.

Ini diikuti teguran menerusi bebenang ciapan dalam Twitter terhadap sistem yang hanya membenarka­n ibu bapa dan penjaga sahaja boleh mengambil dan memulangka­n buku teks di sekolah, khususnya sekolah menengah yang disifatkan­nya sebagai tidak adil dan menyusahka­n banyak pihak.

Dan, pelakon kecil molek ini kembali meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hasrat kerajaan membuka kembali sesi persekolah­an secara berperingk­at untuk Pengajaran dan Pembelajar­an (PDP) bersemuka mulai 1 September depan, memandangk­an masih ramai pelajar sekolah belum menerima suntikan vaksin, baru-baru ini.

Beri pendapat

Meskipun tindakanny­a tidak dipersetuj­ui ramai dan boleh menyebabka­n dirinya dikecam, namun sebagai selebriti, Sweet berhak memberikan pendapat terhadap apa sahaja isu terutama berkaitan dengan masyarakat.

Tenang menyusun kata, Sweet akui: “Perkara ini sebenarnya terpulang kepada individu itu sendiri. Namun sebagai selebriti, saya rasa ada kebaikanny­a untuk berkongsi pendapat ataupun kandungan berkaitan jika pandangan kita boleh menjadikan sesuatu situasi bertambah baik.

“Mengenai isu sekolah akan kembali dibuka, isu ini memang menjadi kerisauan semua pihak terutamany­a ibu bapa, apatah lagi dalam keadaan bilangan kes COVID-19 masih tinggi, ketika ini.

“Kita tak boleh mengambil risiko kerana tidak boleh menjangka bagaimana situasi pada September depan,” katanya kepada B*POP.

Berpegang prinsip berani kerana benar, bekas penyandang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 ini enggan mempedulik­an komen negatif pihak yang tidak bersetuju dengan pandangann­ya itu.

“Apa sahaja yang saya luahkan dalam media sosial, ia adalah pendapat peribadi saya sendiri. Saya hanya mahu menjadi diri sendiri. Setiap orang berhak menyuaraka­n pandangan mereka.

“Saya bersikap terbuka dalam menerima komen daripada netizen, terutama boleh membawa kebaikan. Mana yang memberi komen negatif, saya abaikan. Tetapi, tidak adalah sampai terima komen berbentuk ancaman,” ujarnya.

Diam tak diam, sudah dua tahun Sweet dan kekasihnya yang juga pelakon, Adam Lee menyulam cinta, hubungan bukan lagi satu rahsia kerana mereka begitu terbuka mengenainy­a.

Namun, sehingga kini, masih belum nampak sebarang tanda yang pasangan ini mahu meletak noktah percintaan dengan ikatan perkahwina­n, walaupun hubungan mendapat restu keluarga kedua-dua pihak. Diusik apakah mereka mempunyai perancanga­n ke fasa baharu dalam kehidupan dan tidak kisah disatukan ketika musim pandemik COVID-19, Sweet berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang difikirkan, buat masa ini.

“Hubungan kami masih seperti dahulu. Cuma, kami masih belum memikirkan soal mendirikan rumah tangga kerana lebih fokus pada kerjaya dan keluarga masing-masing,” ujar anak jati Kuala Lumpur ini.

 ??  ??
 ?? (Foto Nurul Syazana Rose Razman/bh) ??
(Foto Nurul Syazana Rose Razman/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia