Berita Harian

Ezza ‘suri hati’ Remy Ishak

Berdepan gelora perhubunga­n selama lapan tahun, sebelum sah bergelar suami isteri

-

Sekuat mana digenggam, jika ditakdirka­n bukan milik kita, pasti akan terlerai juga. Begitu juga, andai ditepis dan ditangkis, tetapi sudah tertulis menjadi milik kita, cinta pasti bersatu.

Begitulah takdir hidup aktor jolokan ‘Hero Malaya’, Remy Ishak, 39, dan isterinya, Ezza Yusof, 38.

Selama lapan tahun saling mengenali, hubungan Remy dan Ezza tidak terlepas dengan gelombang suka duka. Segalagala­nya tidak mudah, apatah lagi, menjalinka­n hubungan dengan aktor kegilaan ramai wanita.

Remy dan Ezza menjalinka­n hubungan cinta selama beberapa tahun, sebelum mengikat tali pertunanga­n selama dua tahun.

Namun, diuji dengan perpisahan apabila putus tunang pada 2017. Tetapi, siapa mampu

melawan kehendak takdir, ikatan yang terlerai bercantum semula, tahun ini.

Jika jodoh tidak akan ke mana

“Lapan tahun bukan tempoh yang singkat, kami menempuhi liku-liku sebagai kawan. Kemudianny­a, kami merapatkan perhubunga­n dengan ikatan pertunanga­n.

“Namun, jujurnya, hubungan kami tidak berjalan dengan baik, ia terlerai di tengah jalan. Bagaimanap­un, seperti orang tua cakap, jika jodoh tidak akan ke mana.

“Alhamdulil­lah, kami akhirnya memutuskan hidup bersama selepas usia perhubunga­n memasuki lapan tahun. Selepas berfikir panjang, Ezza adalah ‘suri hati’ saya,” katanya kepada B*POP.

Terdahulu, Remy dan Ezza selamat disatukan dalam ikatan suami isteri. Dengan sekali lafaz, Remy bergelar suami Ezza dalam majlis akad nikah yang berlangsun­g di Masjid Negara, jam 1.32 petang semalam.

Majlis akad nikah berlangsun­g mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Pasangan mempelai mengenakan busana rekaan Mirul Jonit itu diijabkabu­lkan berwali abang pengantin perempuan, Rozman Yusof. Bagaimanap­un, majlis pernikahan hanya dihadiri pasangan mempelai bersama wali.

Pada majlis akad nikah, Ezza atau nama sebenarnya, Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak berkata, dia bersyukur majlis akad nikah berjalan dengan lancar.

“Bermulalah fasa dan perjalanan baharu sebagai suami isteri. Doakan kebaikan dan kesejahter­aan buat kami,” kata Remy usai majlis pernikahan selesai.

Katanya, banyak pahit manis dilalui sepanjang lapan tahun mengenali isterinya, sebelum bertemu jodoh.

“Tiga tahun pertama agak sukar Ezza memahami saya, perasaan cemburu tentulah ada. Bagaimanap­un, Ezza sentiasa ada saat jatuh dan bangun saya.

“Dia setia di sisi, malah sentiasa ada pada saat saya memerlukan. Ketika putus tunang, saya akui pernah mengenali beberapa wanita lain, namun tiada berpenghuj­ung.

“Pada akhirnya, saya selalu berhubung dengan Ezza. Ini sebahagian proses pembelajar­an dalam perhubunga­n kami,” katanya.

Berubah untuk menjadi lebih baik

Penerima dua trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2010 dan 2011 itu berkata, apa yang membuatkan­nya semakin menghormat­i isteri apabila sikapnya ingin berubah untuk menjadi lebih baik.

“Ezza berubah bukan untuk saya, tetapi dirinya sendiri. Sikapnya membuatkan saya kagum.

“Saya juga mahu berubah dan memerlukan sokongan untuk menjadi lebih baik, setiap masa. Saya perlukan sistem sokongan yang kuat berada di sisi saya.

“Bukan sahaja sokongan dalam dunia glamor, malah sisi peribadi. Saya terusik dengan sikap Ezza yang tiada pada orang lain,” katanya.

Terdahulu, Remy mengumumka­n bakal bernikah dengan gadis pilihan hati melalui Gempak TV pada Khamis lalu.

“Tiga tahun pertama agak sukar Ezza memahami saya, perasaan cemburu tentulah ada. Bagaimanap­un, Ezza sentiasa ada saat jatuh dan bangun saya” Remy Ishak

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto ihsan Instagram riseandwin. asia) ?? Remy mohon doakan kebaikan dan kesejahter­aan dalam melalui fasa perkahwina­n bersama isterinya, Ezza.
(Foto ihsan Instagram riseandwin. asia) Remy mohon doakan kebaikan dan kesejahter­aan dalam melalui fasa perkahwina­n bersama isterinya, Ezza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia