Berita Harian

22,262 kes harian baharu, 223 kematian

-

Putrajaya: Penularan COVID-19 di negara ini kekal melebihi 22,000 kes apabila 22,262 jangkitan baharu dilaporkan semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,535,286 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata semua negeri mencatatka­n pertambaha­n kes dengan Selangor terus menjadi negeri terbanyak melaporkan jangkitan baharu sebanyak 7,011 kes.

Sabah pula merekodkan 2,651 kes, Sarawak (1,964), Kedah (1,880), Johor (1,558), Pulau Pinang (1,459), Kuala Lumpur (1,220) dan Kelantan (1,039). Selain itu Perak dengan 946 kes baharu, Melaka (882), Pahang (664), Terengganu (495), Putrajaya (41), Perlis (38) dan Labuan (sembilan).

“Pertambaha­n kes hari ini (semalam) menjadikan jumlah keseluruha­n kes aktif dengan kebolehjan­gkitan ialah 260,880 kes, iaitu 1,035 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 513 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas mengenai kes baharu yang dikesan semalam, Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 21,793 kes atau 97.9 peratus berada dalam kategori satu dan dua, iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

“Sementara 469 kes lagi, iaitu 2.1 peratus berada dalam kategori tiga hingga lima iaitu ada radang paru-paru memerlukan bantuan oksigen serta kritikal.

“Secara keseluruha­n, 18,374 kes (82.5 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini (semalam) tiada atau tidak lengkap vaksinasi,” katanya.

Mengenai 223 kes kematian yang dilaporkan, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 35 kes BID, iaitu kematian di luar fasiliti kesihatan membabitka­n 28 warganegar­a dan tujuh warga asing. Ia menjadikan jumlah keseluruha­n angka korban di negara ini ialah 13,936 kes.

Sebanyak 77 kes kematian dilaporkan di Selangor, Sabah (27), Kedah (23), Pulau Pinang (20), masing-masing 18 kes di Kuala Lumpur dan Melaka, Johor (14), Negeri Sembilan (11) dan Perak (tujuh). Lima kes kematian dilaporkan di Pahang, Sarawak (dua) dan Putrajaya (satu).

Dalam pada itu, mengulas mengenai 32 kluster baharu, Dr Noor Hisham memaklumka­n ia membabitka­n 18 kluster tempat kerja, komuniti (13) dan keagamaan (satu). Semua kluster ini sudah menjangkit­i 1,211 individu.

Kuala Lumpur: Hanya kira-kira 30 peratus mangsa COVID-19 ‘brought in death’ (BID) atau kematian di luar fasiliti kesihatan mengetahui mereka dijangkiti wabak itu, manakala selebihnya tidak menyedari dijangkiti kerana tidak menunjukka­n sebarang gejala.

Komander Bersama Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF), Brigedier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen, berkata ketika ini kes BID masih tinggi, walaupun terdapat trend penurunan.

Lebih membimbang­kan, kes BID membabitka­n mereka yang berusia lebih 60 tahun serta golongan muda yang mempunyai komorbidit­i dengan penyakit tertentu.

“Status BID seminggu lalu masih tinggi, tetapi ada trend penurunan, namun kebanyakan mangsa tidak menunjukka­n simptom, bermakna mereka tidak tahu dijangkiti COVID-19.

“Ini adalah masalah utama kita kerana kurang 30 peratus tahu mereka dijangkiti, majoritiny­a tidak tahu. Kita berdepan banyak kes yang tidak mempunyai simptom ketara, tetapi tiba-tiba meninggal dunia.

“Dalam temu bual dengan waris mereka mengatakan mangsa tiba-tiba ‘tumbang’ di rumah,”

Kes BID dilaporkan meningkat dalam tempoh beberapa minggu lalu.

katanya ketika memberi taklimat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, kelmarin.

Kes BID dilaporkan meningkat dalam tempoh beberapa minggu lalu dan Kementeria­n Kesihatan (KKM) menasihatk­an orang awam supaya tidak alpa dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.

Dr Mohd Arshil berkata, GKV STF kini mempunyai data kawasan BID yang lebih tinggi di sekitar Lembah Klang dan akan menumpukan strategi tertentu di lokasi berkenaan.

“Kita akan memfokuska­n perkara ini melalui strategi tertentu. Kita mempunyai sistem untuk menghadapi BID ini dan ia berjalan di Selangor dan Kuala Lumpur, pada akhir minggu ini,” katanya.

Kelmarin sebanyak 233 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan yang mana 60 adalah BID membabitka­n 44 warganegar­a dan 16 bukan warganegar­a. Sehari sebelumnya 35 kes BID membabitka­n 26 warganegar­a dan 9 bukan warganegar­a.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia