Berita Harian

Varian Delta biak dalam hidung individu divaksin

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman

Kajian dapati virus boleh tersebar, jangkiti orang lain bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kajian baharu mengenai varian membimbang­kan (VOC) Delta, mendapati varian dominan berkenaan boleh membiak dalam hidung individu yang sudah mendapat vaksin, sama seperti individu yang tidak divaksinas­i.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian awal terhadap satu kes jangkitan mendapati, varian Delta itu membiak di hidung orang yang sudah divaksinas­i seolah-olah individu berkenaan belum mendapatka­n vaksin.

“Virus yang membiak itu sama penularann­ya kepada orang yang tidak divaksinas­i. Ini bermaksud

Ketua Pengarah Kesihatan individu yang sudah divaksin tetap dapat menyebarka­n virus berkenaan serta menjangkit­i orang lain,” katanya menerusi Facebook, semalam.

Sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provinceto­wn, Massachuse­tts dan Finland juga turut mendapati selepas penularan varian Delta, terdapat banyak virus dikesan di dalam hidung seseorang individu itu sama ada mereka diberi vaksin atau tidak.

Dr Noor Hisham sebelum ini dilaporkan berkata, varian Delta boleh merebak dalam masa lima hingga 15 saat dan jangkitan melalui udara.

Tempoh itu ternyata singkat jika dibandingk­an dengan kes positif COVID-19 sebelum ini, iaitu individu yang terdedah boleh menjangkit­kan virus berkenaan dalam jangka masa kurang daripada 15 minit dengan jarak satu meter.

Varian Delta pada asalnya digelar sebagai B.1.617.2, kali pertama dikesan di Maharashtr­a, barat India pada Oktober tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia