Berita Harian

Empat kesan tanah runtuh besar pada sisi gunung

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Zuliaty Zulkiffli

Hasil kajian, penilaian risiko perlu dibuat segera elak kejadian berulang bhnews@bh.com.my

Yan: Sekurang-kurangnya empat kesan runtuhan tanah dikesan berlaku di puncak Gunung Jerai yang dipercayai menyebabka­n bencana geologi membabitka­n aliran lumpur dan puing di kawasan kaki gunung berkenaan, Rabu lalu.

Ketua Cawangan Kepakaran Geologi Kejurutera­an, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Dr Ferdaus Abdullah, berkata empat kesan itu berdasarka­n pemantauan awal dilakukan Pasukan Task Force Bencana Geologi di sekitar Gunung Jerai, semalam.

Kejadian tanah runtuh berkenaan boleh dikaitkan akibat hujan berterusan dalam masa panjang dan mungkin disebabkan gegaran gempa bumi.

“Dalam kes di Gunung Jerai, kita dapati selain (faktor) hujan pada kadar luar biasa, keadaan muka bumi gunung yang bersudut lebih 25 darjah serta ada retakan batuan kesan luluhawa, menyebabka­n tanah runtuh.

“Pengamatan visual mendapati sekurang-kurangnya ada empat kesan tanah runtuh besar pada sisi gunung dengan penduduk memaklumka­n kawasan itu dilitupi tumbuhan dan tanah, namun selepas kejadian Rabu lalu, wujud kawasan batuan lebih luas dan itu menunjukka­n runtuhan berlaku,” katanya pada sidang media, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah JMG Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Abdulah Sulaiman.

Dalam kejadian pada jam 4 petang Rabu lalu, berlaku fenomena kepala air dan banjir lumpur yang turut menghanyut­kan pokok balak sehingga menjejaska­n lebih 1,000 keluarga di Yan, Gurun dan Merbok.

Ferdaus berkata, pada masa ini pihaknya masih melakukan siasatan terperinci, termasuk memerlukan maklumat pemetaan yang akan dibuat melalui khidmat dron Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem), esok.

“Kita perlu gunakan dron untuk mengenal pasti di mana runtuhan berlaku dan melalui maklumat pemetaan, kita akan tanda kawasan yang berlaku runtuhan bagi membolehka­n pasukan penyiasat mengetahui sama ada berlaku banjir atau empangan di gunung yang menyebabka­n fenomena kepala air,” katanya.

Abdulah pula berkata, bencana geologi di Gunung Jerai mempunyai persamaan dengan beberapa kejadian yang pernah berlaku seperti di Pos Dipang, Perak pada 1996.

Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n (dua dari kiri) meninjau lokasi kejadian di Pusat Rekreasi Titi Hayun, Yan, semalam.

Katanya, hasil kajian dan siasatan serta penilaian risiko di Gunung Jerai perlu dibuat segera bagi mengelak kemungkina­n kejadian berkenaan berulang dengan tindakan awal dapat diambil.

“Selepas mendapat hasil kajian dan siasatan di Gunung Jerai, kita akan membuat syor kepada pihak kementeria­n dan kerajaan tempatan bagi dipertimba­ngkan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, berkata anjing dari Unit K-19 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan bau seperti mayat di kawasan Titi Hayun, tidak jauh dari lokasi penemuan mayat kedua dan ketiga ditemui sebelum ini.

Katanya, bau itu dikesan pada jam 4 petang semalam kira-kira 300 meter dari tapak rumah dusun di kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di Titi Hayun.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya dengan bantuan jengkaut untuk mengorek kawasan itu untuk mencari kesan bau berkenaan.

“Bagaimanap­un, usaha pencarian ini menghadapi kesukaran kerana perlu mengorek longgokan batu dan kayu besar selain akar yang bertimbun,” katanya.

Terdahulu katanya, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran dan cabaran dalam misi pencarian dua mangsa yang masih hilang.

Mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Ridwan Poniman dan Ku Shuib Ku Abdullah.

Katanya, pihaknya turut menggunaka­n helikopter Agusta AW189 milik JBPM, dron, dua anjing pengesan dan peralatan khas oleh pasukan STORM JBPM.

Katanya, turut membantu adalah pasukan STORM dari negeri lain seperti 12 anggota dari Selangor, Perak (9), Putrajaya (3) dan Perlis (4), selain kerjasama agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ketua Bahagian Operasi Bencana APM Kedah, Kapten (PA)

Ferdaus menjalanka­n kajian mengenai tanah runtuh di laluan naik ke Gunung Jerai, semalam.

Saifuddin Abdullah pula berkata, lebih 80 anggota APM terbabit dalam operasi pasca banjir membersihk­an lumpur di kawasan terjejas.

Beliau berkata, antara lokasi dibersihka­n termasuk pekan Yan dan lokasi awam seperti pejabat penghulu dan Sekolah Kebangsaan (SK) Langkasuka yang dipenuhi lumpur tebal sehingga setengah meter.

“Operasi sejak Khamis lalu dan dijangka selesai selewat-lewatnya lima hari. Ia disertai anggota APM dari enam daerah iaitu Kota Setar, Sik, Baling, Kulim, Kubang Pasu dan Yan,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia