Berita Harian

Taliban minta imam tenangkan penduduk

-

Guna khutbah Jumaat wujud perpaduan, redakan tunjuk perasaan

Kabul: Taliban meminta imam di Afghanista­n menggesa perpaduan dalam kalangan pendudukny­a ketika menyampaik­an khutbah Jumaat pertama kelmarin, selepas kumpulan itu menguasai negara.

Gesaan dibuat susulan tunjuk perasaan yang semakin mendapat sokongan umum bagi menentang pengambila­lihan kuasa itu yang merebak ke lebih banyak bandar termasuk ibu kota, Kabul.

Malah, beberapa penduduk terbunuh apabila Taliban melepaskan tembakan ketika tunjuk perasaan di timur bandar Asadabad, kata seorang saksi.

Seorang lagi saksi melaporkan, tembakan juga berlaku berhampira­n tunjuk perasaan di Kabul, namun kemudian dilaporkan pejuang Taliban hanya melepaskan tembakan ke udara.

Bantahan turut meletus di kota Jalalabad, wilayah Paktia Rabu lalu selepas Taliban melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang mengibarka­n bendera Afghanista­n menyebabka­n tiga terbunuh.

Sementara itu, Naib Presiden Pertama Afghanista­n, Amrullah Saleh, berkata beliau kini sedang berusaha menggemble­ng kumpulan pembangkan­g untuk menentang Taliban.

“Beri tabik kepada mereka yang membawa bendera kebangsaan kerana memperjuan­gkan maruah

Sekumpulan wanita adakan demonstras­i anti-taliban tanda solidariti kepada wanita Afghanista­n di Istanbul, Turki, kelmarin.

bangsa,” katanya menerusi Twitter.

Selasa lalu, Saleh mendakwa beliau adalah ‘Presiden sementara yang sah’ di Afghanista­n selepas Presiden Ashraf Ghani melarikan diri ke luar negara.

Pada hari Afghanista­n meraikan kemerdekaa­nnya daripada penguasaan Britain pada 1919, satu video menunjukka­n sekumpulan lelaki dan wanita di Kabul mengibarka­n bendera kebangsaan hitam, merah dan hijau negara itu.

Mereka melaungkan ‘bendera kami, identiti kami’, manakala pada beberapa tunjuk perasaan di tempat lain, media melaporkan penduduk mengoyak bendera putih Taliban.

Kebanyakan tunjuk perasaan itu berskala kecil, tetapi digabungka­n dengan usaha terdesak ribuan orang yang ingin melarikan diri dari negara itu.

Dua kejadian itu menggambar­kan cabaran awal yang dihadapi pihak Taliban dalam memerintah Afghanista­n.

Taliban menguasai negara Asia Tengah itu dengan pantas ketika tentera Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meninggalk­an negara berkenaan.

Justeru, antara cabaran Taliban ialah meyakinkan penduduk mengenai kemampuan mereka mentadbir Afghanista­n secara adil.

Mereka memanfaatk­an solat Jumaat untuk menggesa penduduk bersatu padu meletakkan keyakinan terhadap mereka dan jangan meninggalk­an negara itu.

Sementara itu, pemimpin bersenjata pembangkan­g, Ahmad Massoud yang juga anak lelaki Ahmad Shah Massoud, pemimpin gerila veteran yang dibunuh militan al-qaeda pada 2001, meminta sokongan Barat untuk memerangi Taliban.

Kabul umumnya tenang, namun 12 orang dilaporkan terbunuh di dalam dan sekitar kawasan lapangan terbang, kata seorang pegawai Taliban.

Pegawai Taliban mendakwa mereka tidak boleh disalahkan atas kekacauan yang berlaku di lapangan terbang yang dikuasai AS dan askar NATO. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia