Berita Harian

Thailand rekod jangkitan melepasi angka sejuta

-

Bangkok: Jangkitan COVID-19 di Thailand sudah melepasi sejuta kes kelmarin ketika negara itu berusaha meningkatk­an kadar vaksinasi untuk membendung penularan varian Delta.

Dalam tempoh 24 jam setakat semalam, Thailand mencatatka­n 19,851 kes baharu dan 240 kematian, menjadikan jangkitan meningkat kepada 1,009,710 kes termasuk 8,826 kematian sejak virus itu mula dikesan Januari tahun lalu.

Thailand, negara pertama di luar China yang mencatat kes COVID-19, pada awalnya mencatatka­n jumlah kes yang agak rendah, dengan hanya lebih 4,000 kes dan 60 kematian.

Bagaimanap­un, kes meningkat secara mendadak apabila gelombang kedua berlaku selepas Disember tahun lalu dan gelombang ketiga April tahun ini.

Pada April, sejumlah 980,847 kes dan 8,732 kematian dilaporkan, awalnya disebabkan varian Alpha dan kini varian Delta.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbira­n Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Apisamai Srirangsan, berkata kes baharu itu termasuk 325 banduan.

“Sebanyak 10 kes import dilaporkan termasuk dua warga tempatan yang kembali dari Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, kes kematian baharu membabitka­n 12 lelaki dan 111 wanita berusia antara tujuh bulan hingga 93 tahun, termasuk lima warga Myanmar dan seorang rakyat China.

“Data menunjukka­n sejak 25 Julai hingga 19 Ogos tahun ini, sejumlah 4,656 kematian dilaporkan dengan 63.8 peratus mangsa tidak divaksinas­i,” katanya pada taklimat harian-19 semalam.

Bagi meningkatk­an usaha vaksinasi, Thailand membeli tambahan 10 juta lagi dos vaksin Pfizer-biontech.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirak­ul, semalam menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian antara Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Opas Karnkawinp­ong dan Eksekutif Pfizer Thailand dan Indochina, Deborah Seifert.

Sementara itu, Pentadbira­n Metropolit­an Bangkok (BMA) menawarkan perkhidmat­an vaksinasi di rumah untuk pesakit yang terlantar, kumpulan berisiko tinggi dan golongan rentan.

Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang, berkata banyak pesakit terlantar dan warga emas dijangkiti COVID-19 melalui ahli keluarga. BERNAMA

ZYCOV-D suntikan 3 dos berasaskan DNA pertama di dunia

New Delhli: India membenarka­n penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 kedua keluaran tempatan, yang diluluskan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Jabatan Bioteknolo­gi India mengumumka­n kelulusan bagi ZYCOV-D

Melbourne: Polis Australia melakukan rondaan di jalanan bagi menghalang sebarang pengangkut­an membawa penunjuk perasaan antiperint­ah berkurung di pusat bandar raya Sydney semalam.

Negara itu kini melaporkan rekod tertinggi jumlah kes baharu jangkitan harian COVID-19 dengan 886 kes jangkitan 19 dicatatkan di New South Wales dan Victoria, dengan sebahagian besar di Sydney, yang juga pusat penularan varian Delta.

Angka itu melebihi paras tertinggi yang dicatatkan kelmarin iaitu 754 kes, dengan negeri dan wilayah lain di Australia masih merekodkan jumlah kes jangkitan baharu.

oleh firma farmaseuti­kal India Zydus Cadila, sebagai vaksin berasaskan DNA yang pertama di dunia bagi COVID-19.

Jabatan Bioteknolo­gi, yang bekerjasam­a dengan Zydus Cadila, dalam satu kenyataan, berkata ZYCOV-D diluluskan ketika kadar vaksinasi meningkat di seluruh negara sejak beberapa minggu kebelakang­an.

“Vaksin tiga dos ini apabila disuntik, menghasilk­an protein lonjakan virus SARS-COV-2 seterusnya menimbulka­n tindak balas imun.

“Teknologi plug-and-play, yang berdasarka­n pentas DNA plasmid boleh dengan mudah disesuaika­n untuk menangani mutasi virus,” menurut kenyataan itu.

Menteri Kesihatan negeri, Brad Hazzard, berkata jangkitan COVID-19 berada dalam keadaan yang sangat serius di New South Wales, lapor agensi berita CNA.

“Sekarang sudah tiada masa untuk mementingk­an diri, kini masa untuk memikirkan masyarakat dan keluarga,” katanya.

Sydney, sebuah bandar raya dengan lebih lima juta penduduk, sudah beberapa minggu mengenakan perintah sekatan pergerakan yang ketat.

Pegawai New South Wales melaporkan tiga kematian serta 516 orang dimasukkan ke hospital semalam dan daripada 85 orang yang berada dalam unit rawatan rapi (ICU), 76 orang tiada

Zycov-d kini adalah vaksin keenam yang diluluskan oleh New Delhi selepas Moderna, Covishield, Oxford-astrazenec­a, Covaxin (yang dikembangk­an oleh firma India, Bharat Biotech), Sputnik V Russia dan Johnson & Johnson.

Negara itu memecahkan rekod hariannya awal minggu ini dengan memberikan lebih daripada 9.2 juta dos vaksin dalam program vaksinasi besar-besaran yang bermula pada pertengaha­n Januari lalu.

Lebih daripada 574 juta dos suntikan sudah diberikan setakat ini di India, negara dengan 1.3 bilion penduduk yang dilanda lonjakan besar kes jangkitan pada April dan Mei lalu, memaksa sistem rawatan kesihatan ke tahap sejarah vaksinasi.

Sekurang-kurangnya 96 orang aktif dalam komuniti ketika tempoh jangkitan dan terdapat pelanggara­n terhadap perintah kesihatan yang menyebabka­n usaha mengekang wabak terbantut.

Sementara itu, lebih 1,500 pegawai polis dikerahkan ke Sydney serta mengarahka­n pengangkut­an kereta api tidak melalui stesen bandar utama dan kenderaan e-hailing dilarang ke pusat bandar ketika polis berusaha menghalang tunjuk perasaan.

Media Australia melaporkan bahawa tunjuk perasaan yang sama turut diadakan di Melbourne, ketika Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews, memperluas maksimum.

India berharap memberikan suntikan kepada seluruh pendudukny­a yang layak menjelang akhir Disember, tetapi setakat ini hanya sekitar 10 peratus atau 127 juta orang sudah menerima suntikan lengkap.

Justeru, beberapa pakar kesihatan berkata negara itu perlu meningkatk­an pengeluara­n vaksin keluaran sendiri.

Cabaran logistik menjadikan vaksin India perlu mengelakka­n keperluan kemudahan penyimpana­n khas, mudah diangkut dan digunakan di seluruh negara.

India setakat ini merekodkan sekurang-kurangnya 433,589 kematian daripada lebih daripada 32 juta kes jangkitan. AFP

Anggota polis melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang golongan antiperint­ah berkurung daripada berhimpun di pusat bandar Sydney.

perintah berkurung ke seluruh negeri selepas dilaporkan 61 kes baharu penularan tempatan.

Sekurang-kurangnya 39 kes baharu di Victoria adalah kes aktif dalam komuniti, menimbulka­n kebimbanga­n mengenai kemampuan untuk menangani wabak.

Seramai 18 orang dimasukkan ke hospital, lapan dalam rawatan intensif dan enam terpaksa menggunaka­n alat pernafasan.

Angka kes jangkitan COVID-19 Australia secara relatif masih rendah berbanding dengan negara maju yang lain, dengan lebih dari 43,000 kes dan 978 kematian, tetapi wabak terbaru menunjukka­n peningkata­n kes harian yang ketara. AGENSI

 ??  ??
 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia