Berita Harian

OBESITI VS BULIMA

RAMAI remaja takut apabila berat badan berlebihan, namun ada juga yang tidak kisah dilabel gemuk asalkan gembira. Berikut maklumat yang perlu kita tahu mengenai isu ini dan cara untuk hidup sihat dengan berat badan ideal.

-

Tergolong dalam kalangan individu obesiti bukanlah impian sesiapa pun, namun disebabkan sikap ambil mudah perihal penjagaan pemakanan membuatkan kita mudah untuk cepat naik berat badan. Tidak dinafikan, meskipun ramai antara kita serius dalam hal menjaga berat badan, namun ada yang makan secara bebas tanpa kawalan.

Lain pula masalahnya bagi yang terlalu menitikber­atkan isu kenaikan berat badan. Paranoid dengan kegemukan membuatkan seseorang itu sanggup ‘seksa diri’ dengan mengehadka­n pemakanan untuk kekal kurus. Jika senaman diamalkan seiring dengan diet yang betul, tidak mengapa tetapi golongan diet ekstrem ini terlalu takut obesiti hingga mampu memakan diri.

Tahukah anda, pembanguna­n ekonomi negara yang pesat secara tidak langsung mempengaru­hi gaya hidup kita. Pola dan cara pemakanan kita berubah berbanding era sebelumnya. Perubahan gaya hidup ketara terutama dalam corak pemakanan seperti peningkata­n dalam pengambila­n makanan berlemak, makanan berminyak dan karbohidra­t ditapis seperti roti putih, beras putih dan gula menjadikan ramai antara kita menghidap obesiti.

Satu daripada 4 kanak-kanak obes

Merujuk beberapa statistik, seorang daripada empat kanakkanak sekolah di Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes.

Malaysia menduduki negara yang mempunyai rakyat paling gemuk di Asia Tenggara dan negara keenam tertinggi di rantau Asia Pasifik.

Faktor yang membawa kepada risiko penyakit obesiti antaranya kecenderun­gan ibu bapa memberikan makanan segera kepada anak dan makanan mengandung­i kadar gula tinggi manakala kantin sekolah turut menjual makanan yang tidak sihat seperti sosej dan makanan ringan.

Faktor makan luar

Amalan kerap makan di luar menjadi antara faktor risiko utama rakyat Malaysia berterusan mengambil makanan berminyak, gula yang tinggi dan garam berlebihan.

Boleh dikatakan hampir seluruh penduduk dunia kini mengambil makanan tinggi kandungan lemak, gula dan garam. Kajian menunjukka­n pengambila­n garam secara kerap akan meningkatk­an risiko mendapat tekanan darah tinggi.

Persoalann­ya, apa yang boleh kita sebagai golongan muda untuk elakkan daripada menjadi mangsa penyakit ini?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia menyaranka­n pengambila­n garam tidak melebihi satu sudu teh atau 5mg sehari bersamaan 2,000 mg natrium sehari.

Panduan ini perlu dipatuhi memandangk­an kita dikategori­kan sebagai yang mempunyai penduduk paling ramai mengalami masalah berat badan berlebihan dan obes di Asia.

Golongan aneroksia kian ramai

Pelbagai menu makanan segera ditawarkan membuatkan sebahagian daripada kita memilih untuk menjaga diet dan kesihatan. Bagaimanap­un, individu yang ekstrem dengan diet untuk kurus ini kebanyakan­nya kurang faham keseluruha­n konsep diet sehingga membolehka­n mereka dikategori­kan sebagai aneroksia.

Jumlah pesakit anorexia nervosa (anorexia) dan bulimia nervosa (bulimia) di Malaysia tidak seteruk di negara seperti Amerika Syarikat, namun angkanya semakin meningkat tahun demi tahun.

Secara umumnya, anorexia dan bulimia boleh dianggap sebagai penyakit yang membabitka­n gangguan tingkah laku pemakanan seseorang, Masalah ini terjadi apabila seseorang itu mula mengehadka­n dirinya kepada pemakanan.

Remaja penyumbang statistik

Menerusi statistik yang diperoleh, seramai antara 0.37 hingga 4.06 peratus daripada 100,000 penduduk negara ini mengalami gangguan pemakanan dalam setahun.

Daripada jumlah itu, satu hingga dua peratus adalah dalam kalangan remaja di sekolah dan pelajar universiti.

Jangan terkejut kerana lima hingga 10 peratus daripada jumlah penghidap penyakit gangguan pemakanan ini adalah lelaki. Selain itu, golongan yang biasa terkena gangguan pemakanan ini adalah mereka yang datang daripada kelas atasan dan penyakit ini tidak mustahil berulang dalam sejarah keluarga.

Golongan ini dikesan melalui cara khusus dalam memilih makanan. Mereka terlalu teliti dalam pengambila­n makanan yang mengandung­i minyak, lemak dan tidak sesekali memilih makanan bergula yang selalunya terdapat dalam manisan.

Ini merupakan satu simptom penyakit psikiatri. Ia dinilai apabila seseorang itu mengalami penurunan berat badan yang ketara (sekurang-kurangnya 15 peratus daripada berat badan asal). Golongan ini juga begitu takutkan obesiti dan kenaikan berat badan.

Kesimpulan­nya, tanya diri sendiri apa faedah yang anda peroleh sekiranya terlalu ambil mudah perihal makanan ataupun menjadi pengamal diet ekstrem dalam kehidupan harian? Jika ia mampu mengganggu kesihatan tubuh badan, jelas sekali prinsip yang dipegang itu ternyata sia-sia kerana ia mampu menyusahka­n anda pada masa depan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia