Berita Harian

Terapung di tengah laut

‘Floating Coral Bar’ di kelilingi air jernih umpama kristal, panorama indah gamit pelancong

- Oleh Rafiqah Dahali bhnews@bh.com.my

Berada di atas timbunan batu karang timbul dan terbina secara semula jadi yang wujud sejak beratus tahun lalu, iaitu dikenali sebagai Floating Coral Bar di tengah laut, pengalaman yang amat menarik.

Tambah mengujakan di situ boleh menikmati hidangan di tengah lautan antara Laut Sulu dan Laut China Selatan menjadikan kunjungan ke Pitas, Sabah seakan berada di Kepulauan Maldives atau Carribean

Lokasi terletak berdekatan Kampung Malubang, Pitas daerah ini, kelihatan menonjol satu kawasan seakan-akan kepulauan kecil terdiri daripada batu karang.

Dikeliling­i air laut jernih umpama kristal, batu karang jelas kelihatan di kawasan cetek terutama ketika air surut dan angin bertiup lembut membuatkan pengunjung terpesona dengan panorama terbentang luas.

Terletak di kawasan Taman Tun Mustapha, perjalanan dari Kudat ke Floating Coral Bar ini mengambil masa lebih kurang dua jam dengan menaiki bot laju.

Di sini terdapat beberapa meja dan kerusi dilengkapi payung besar.

Ketika air pasang, separuh dari kerusi itu akan dinaiki air dan pengunjung boleh duduk di pondok itu bagi menikmati sajian atau duduk berehat di samping dapat merasa air laut yang sejuk mencecah di lutut.

Pelbagai aktiviti riadah

Ada fasiliti seperti beberapa pondok dibina untuk kemudahan pengunjung, buaian, jeti terapung dan dek terapung.

Juga ada bot kayak dan kelengkapa­n ‘snorkeling’ untuk kegunaan pengunjung melakukan aktiviti riadah sepanjang meluangkan masa di Floating Coral Bar.

Menurut pemilik agensi pelanconga­n Archangel Borneo Holiday, Victor Tan, Floating Coral Bar berpotensi sebagai lokasi pelanconga­n, selain mampu membantu meningkatk­an sektor ekonomi penduduk tempatan.

“Pada 2018, kami mencari tempat sesuai untuk menyelam dan jumpa kawasan ini yang seakan suasana seperti Carribean.

“Kemudian, kami berbincang dengan komuniti penduduk di sini untuk menjadikan ia sebagai tarikan pelanconga­n, selain berjumpa dengan pihak Taman-taman Sabah serta Tabung Hidupan Liar (WWF),” katanya.

Ditutup sementara

Floating Coral Bar beroperasi sepenuhnya pada 2019, sudah dikunjungi kira-kira 500 orang dan majoriti golongan dari pelancong China serta Ireland.

Bagaimanap­un, apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an, tahun lalu pelbagai agensi di bawah sektor pelanconga­n terpaksa menghentik­an operasi termasuk Archangel Borneo Holiday.

Berikutan itu, lokasi itu ditutup sementara hanya menjalanka­n aktiviti penyelengg­araan.

Bagi merancakka­n industri pelanconga­n dan mempelbaga­i tarikan lain, pihak pengurusan merancang membuka mini galeri mengenai batu karang yang bertujuan mendidik dan memberi kesedaran berkaitan kepentinga­n hidupan marin.

Kawasan itu juga perlu dipelihara bagi memastikan sumber hidupan marin dijaga sempurna.

“Kami meneliti struktur sesuai untuk membina mini galeri di samping menjaga keaslianny­a. Kemungkina­n akan siap pada tahun ini atau awal tahun depan,” katanya.

Sedang diselengga­ra

Mengenai operasi Floating Coral Bar, terdapat dua cara membeli tiket untuk memasuki Floating Coral Bar.

Pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti di situ dengan harga RM180 tanpa makanan jika tiket di beli melalui dari dari Kampung Malubang.

Pakej adalah berjumlah RM180 tanpa makanan tetapi boleh tambah (add-on) jika mahukan makanan manakala dari Kudat, harga pakej penuh berjumlah RM280 termasuk bot, makan dan minum, aktiviti, tuala dan sebagainya.

“Bagi tiket masuk dari Kampung Malubang, ia kerjasama pihak kami dengan komuniti tempatan dengan memberi kuota pada mereka supaya mendapat komisen.

“Di Kampung Malubang, ada 10 pekerja. Selain itu, jika ingin mendapatka­n buah kelapa untuk diminum atau kuih-muih, kami menempah daripada persatuan komuniti.

“Untuk semua ini dikendalik­an Persatuan Pelanconga­n Supirak dipengerus­ikan Moktar Amirol,” katanya.

Menurut Alinah, Floating Coral Bar dijangka akan dibuka semula untuk orang awam selepas siap penyelengg­araan dan membaik pulih kawasan siap, namun bergantung kepada arahan kerajaan susulan pandemik.

 ?? (Foto Mohd Adam Arinin/bh) ?? Destinasi pelanconga­n berkonsepk­an Carribean, Floating Coral Bar merupakan timbunan batu karang yang telah mati yang terbina secara semula jadi di Perairan Pitas di Kudat.
(Foto Mohd Adam Arinin/bh) Destinasi pelanconga­n berkonsepk­an Carribean, Floating Coral Bar merupakan timbunan batu karang yang telah mati yang terbina secara semula jadi di Perairan Pitas di Kudat.
 ??  ??
 ??  ?? Victor Tan
Victor Tan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia