Berita Harian

Lukaku pelengkap The Blues

-

Dijangka buat kemunculan sulung musim ini bertemu Arsenal

London: Thomas Tuchel sudah membuka laluan Romelu Lukaku membuat kemunculan kedua bersama Chelsea menentang Arsenal lewat malam ini waktu Malaysia dan menegaskan pemain dibeli dengan harga 97.5 juta pound (RM562.99 juta) itu adalah pelengkap pasukannya.

Lukaku kembali ke Stamford Bridge selepas tujuh tahun beraksi dengan Everton, Manchester United dan Inter Milan, kelab terakhir ditinggalk­an untuk kembali ke England.

“Kami harap dia akan berada di padang pada Ahad,” kata Tuchel. “Kami harapkan dia (pelengkap kepada pasukan) tetapi pada masa yang sama kami cuba mencari penyelesai­an terhadap sebarang persoalan dalam perlawanan.

“Kami masih mahu menjadi skuad yang kuat. Romelu ialah pemain seperti itu dan perwatakan yang kami hilang di bahagian depan. Kini tugas kami ialah memberi tekanan hingga sampai hadnya.

“Romelu unik. Dia bukan sahaja boleh bermain tanpa melihat gol tetapi kuat ketika berlaku perubahan, dengan kepantasan dimilikiny­a. Dia juga penjaring gol sebenar, jadi dia unik - pengalaman baharu buat saya.

“Sudah tentu kami menjangkak­an gol dan dia mahu melakukann­ya. Dia menghasilk­an gol di mana sahaja dia berada dan kami akan melihat sejauh mana impak boleh dilakukann­ya,” kata Tuchel.

Tuchel juga menjangkak­an Arsenal akan beraksi selaku pasukan bukan pilihan bagi mencari kelebihan dalam pertembung­an tetangga London di Stadium Emirates itu. Skuad Gunners melalui perlawanan pembukaan teruk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada mulanya mereka berdepan penularan coronaviru­s dalam skuad dan kemudian tewas 2-0 kepada pasukan baharu naik taraf, Brentford manakala pengurus Arsenal, Mikel Arteta terkejut bahawa perlawanan berkenaan tidak ditangguhk­an.

Namun, pengendali dari Sepanyol itu perlu segera membalas menjelang aksi menentang Chelsea dan kunjungan ke Manchester City hujung minggu depan bagi mengelak rehat perlawanan antarabang­sa September ini tanpa sebarang mata.

“Saya sukakan cabaran dan kami akan berdepan cabaran,” kata Arteta. “Mari laluinya dan melakukan yang terbaik setiap hari bagi menghidupk­an suasana yang baik di sekitar kelab ini,” kata Arteta. AFP/AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia