Berita Harian

Tak dibayar gaji setahun

-

Caracas (Venezuela): Jurulatih Venezuela dari Portugal, Jose Peseiro meletak jawatan kurang dari dua minggu menjelang tiga pertemuan kelayakan Piala Dunia kerana tidak dibayar gaji selama setahun, kata persekutua­n bola sepak negara itu.

“Semalam kami menerimasu­rat daripada pengarah teknikal mengenai penamatan kontraknya,” kata Presiden Persekutua­n Bolasepak Venezuela, Jorge Gimenez.

“Kami sudah berbincang dengannya pada sebelah malam dan menerangka­n kepadanya bahawa kami berdepan masalah untuk memahami kedudukann­ya .... kerana kami akan melalui tiga perlawanan,” kata Gimenez.

Ia bagaimanap­un tidak cukup untuk mengubah pendirian Peseiro yang mengesahka­n peletakan jawatan pada pagi Jumaat. Pasukan kerdil Amerika Selatan itu akan berdepan Argentina, Peru dan Paraguay pada kelayakan Piala Dunia antara 2 September dan 9 September.

Mereka berkeduduk­an kedua dari bawah kumpulan 10 pasukan kelayakan CONMEBOL dengan empat pasukan teratas akan menempah tiket ke pusingan akhir 2022 di Qatar manakala pasukan kelima akan berdepan perlawanan playoff antara benua. AFP

Ander Herrera

Bintang PSG, Kylian Mbappe (kanan) pada aksi Ligue 1 menentang kelab Brest di Stade Brestois, Brest, Perancis. PSG menang 4-2 termasuk satu menerusi Mbappe.

Paris: Kylian Mbappe dan Angel Di Maria masing-masing menemui gawang ketika Paris Saintgerma­in (PSG) yang beraksi tanpa Lionel Messi dan Neymar menang 4-2 di Brest kelmarin, untuk mengutip tiga kemenangan daripada tiga perlawanan Ligue 1 musim ini.

Ander Herrera dan Idrissa Gana Gueye juga menemui gawang ketika PSG kini mengutip sembilan mata penuh dan berada di persada liga Perancis dengan kemenangan 4-2 itu.

Stadium yang penuh dengan 15,000 penonton di Brittany tidak dapat melihat Messi membuat penampilan pertama buat PSG selepas pemain Argentina itu tidak bersama skuad bagi membina kecergasan­nnya.

Neymar, sama seperti Messi yang kembali berlatih lewat selepas mara hingga final Copa America bulan lalu, juga tidak beraksi. Namun, PSG sekali lagi menunjukka­n mereka tidak bermasalah untuk menang tanpa dua bintang utama itu.

Bagaimanap­un pertahanan mereka perlu lebih meningkat dan memberikan jurulatih Mauricio Pochettino sesuatu untuk difikirkan dengan beberapa pemain masih menunggu untuk beraksi.

“Saya memilih untuk menang, tapi jika saya memilih keputusan, saya memilih untuk menang tanpa melepaskan gol.

“Kami ada banyak nama bintang tetapi kami perlu membina pasukan, itulah cabarannya.

“Ia bukan mudah kerana kami perlu mencari keseimbang­an dalam kalangan semua pemain berbakat yang kami ada. Ia perlukan masa,” kata Pochettino. AFP

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia