Berita Harian

Dollah kecewa Pahang longlai

-

Kuala Lumpur: Pengendali KL City FC, Bojan Hodak jelas lega dengan persembaha­n bertenaga yang diperagaka­n anak buahnya khususnya pada babak kedua yang dilihat menjadi faktor mereka berjaya pulang dari Kuantan kelmarin, dengan mata penuh.

Pengendali dari Croatia itu mengakui keputusan seri sudah mula terbayang selepas beberapa peluang yang dicipta pada babak pertama gagal diterjemah­kan kepada gol, sebelum jaringan yang diburu akhirnya muncul selepas rehat separuh masa pertama dalam saingan Liga Super itu.

Namun, dia tetap gembira memandangk­an kemenangan 2-0 ke atas Sri Pahang FC itu melebarkan rekod tanpa kalah skuad The Cityboys kepada sembilan perlawanan sekali gus membuktika­n pasukannya bertambah baik dari satu perlawanan ke perlawanan.

“Saya gembira kerana ini kemenangan pertama di tempat lawan pada musim ini. Kemenangan kedua dan tidak dibolosi dalam dua perlawanan berturut turut.

“Kita beraksi dengan baik pada 40 minit pertama, tetapi banyak peluang tidak disudahkan jadi mungkin ini akan menjadi seperti beberapa perlawanan terdahulu. Kami mendapatka­n gol pada separuh masa kedua dan dapat menutup perlawanan secara perlahan-lahan.

“Kemenangan ini penting untuk keyakinan pemain. Rekod sembilan perlawanan tanpa tewas adalah satu pencapaian yang mengagumka­n untuk pasukan,” katanya.

Skuad warga kota memperaga aksi terbaik untuk mengutip mata penuh apabila menundukka­n Sri Pahang FC 2-0 pada aksi di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Dua jaringan pada babak kedua menerusi Romel Morales dan Zhafri Yahya sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat pelawat yang kini berada di tangga keenam selepas menghimpun 27 mata hasil enam kemenangan dan sembilan keputusan seri.

Skuad Tok Gajah pula terus tertekan kerana hanya dibezakan empat mata dengan zon penyingkir­an ketika mereka hanya memiliki empat perlawanan sebelum menamatkan kempen liga musim ini.

Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Dollah Salleh kecewa dengan prestasi skuad itu apabila tewas 0-2 kepada Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur, di sini, kelmarin.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, segalanya serba tidak menjadi terutama pada babak kedua apabila lawan berjaya menjaringk­an dua gol.

“Kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain ialah pada babak kedua menyebabka­n lawan mendapat dua gol mudah. Dua gol itu menyebabka­n kita menerima padah dan misi mengutip tidak mata tidak kesampaian di laman sendiri,” katanya.

Dollah berkata, skuad kendaliann­ya itu bermain baik terutama pada 20 minit terakhir separuh masa pertama dengan mencipta beberapa peluang untuk menghasilk­an gol. Namun katanya, prestasi itu tidak dapat dikekalkan pada babak kedua yang menyebabka­n lawan membawa pulang tiga mata.

Pemain KL City FC meraikan jaringan gol Romel Morales pada saingan Liga Super menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, kelmarin. KL City menang 2-0.

 ?? (Foto Farizul Hafiz Awang/bh) ??
(Foto Farizul Hafiz Awang/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia