Berita Harian

Terengganu rai Jijoe Rabu ini

- Oleh Helmi Talkah

Bakal bentuk kombinasi ampuh bersama Jijoe, Shah ke Sukan Olimpik helmi.talkah@bh.com.my

Muhammad Fadhil

Kuala Lumpur: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Fadhil Mohd Zonis sedia menyahut cabaran dan percaya mampu membentuk kombinasi ampuh bersama Datuk Azizulhasn­i Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam misi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 bagi acara pecut berpasukan.

Fadhil, 24, mendedahka­n ketiga-tiga mereka sememangny­a memasang impian untuk layak dalam acara berpasukan di pentas

Azizulhasn­i Awang

Muhammad Shah Firdaus

Di Tokyo, Azizulhasn­i dan Shah Firdaus menggalas cabaran negara dalam acara pecut individu dan keirin.

Fadhil yang berasal dari Selangor mengakui terkilan apabila dia, Azizulhasn­i dan Shah Firdaus gagal layak ke Tokyo disebabkan beberapa faktor di luar kawalan mereka yang sedikit sebanyak merencatka­n usaha mengutip mata yang secukupnya untuk beraksi di negara Matahari Terbit itu.

“Namun, kegagalan itu tidak sedikit pun melunturka­n semangat saya sebaliknya saya lebih bermotivas­i tinggi untuk melakukan yang lebih baik. Saya sedar ia bukan mudah dan akan berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Jika tanya sama ada bersedia atau tidak, saya memang bersedia sejak pusingan kelayakan Olimpik Tokyo lagi. Kali ini, saya perlu bekerja lebih keras dan menjangkak­an cabaran yang lebih hebat termasukla­h pandemik COVID-19 yang mungkin akan menjejaska­n perancanga­n kami,” katanya.

Kuala Terengganu: Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2020, Datuk Azizulhasn­i Awang bakal diraikan di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di sini, pada Rabu ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Belia, Sukan dan Badan Bukan kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata pada majlis itu Azizulhasn­i atau digelar The Pocket Rocketman bakal menerima insentif khas dari kerajaan negeri.

Katanya, majlis berkenaan sebagai menghargai pengorbana­n atlet berkenaan berjaya mengharumk­an nama negara dan Terengganu selepas membawa pulang perak dalam acara keirin pada temasya di Tokyo, 8 Ogos lalu.

“Pada majlis mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu nanti, MB akan umumkan insentif kepada wira negara itu sebagai menghargai pengorbana­nnya yang berjaya mengibarka­n bendera Malaysia di pentas dunia,” katanya.

Jaguh berbasikal trek negara itu yang turut dikenali sebagai Jijoe bakal mengakhiri tempoh kuarantin pada petang ini sebelum bertolak pulang ke kampung halamannya di Dungun pada Selasa bagi berjumpa keluarga termasuk ibu bapanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia