Berita Harian

Fadhil sedia sahut cabaran

-

Olimpik dan dia secara peribadi sanggup berkorban untuk memastikan matlamat itu tercapai.

“Kami sebenarnya memang menetapkan untuk layak beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tetapi mungkin belum rezeki. Namun, kini kami sudah mula untuk melakukan persiapan dan perancanga­n bagi layak ke Paris 2024 dan saya tahu ia bukan mudah.

“Saya perlu gandakan usaha dan bersedia mengharung­i apa jua cabaran. Malah, saya juga sanggup berkorban. Tidak kiralah perlu menjalani latihan yang keras atau perlu berjauhan dengan keluarga dengan menyertai kejohanan atau latihan di luar negara. Saya memang sudah bersedia mental dan fizikal.

“Diharapkan nanti segala usaha dan pengorbana­n kami dapat membawa kami bersama layak ke Paris untuk acara pecut berpasukan,” katanya kepada BH Sukan.

Akhbar ini semalam melaporkan ketua jurulatih basikal trek negara, John Beasley optimis

Malaysia akan mencipta sejarah dengan penyertaan kali pertama dalam acara pecut berpasukan di Sukan Olimpik 2024.

Jurulatih dari Australia itu yang menyifatka­n Fadhil sebagai pelumba bertaraf dunia sudah bersedia untuk mengiringi Azizulhasn­i atau Jijoe dan Shah Firdaus ke Paris.

Fadhil yang muncul antara pelumba muda negara yang sedang meningkat, cemerlang ketika beraksi di Kejohanan Berbasikal Piala Negara-negara UCI di Hong Kong, Mei lalu, apabila memenangi emas dalam acara keirin dan perak bagi acara 1 kilometer ujian masa individu.

Sebagai rekod, sepanjang penyertaan di Sukan Olimpik, skuad basikal trek negara hanya layak beraksi dalam acara individu dan pencapaian terbaik menerusi Azizulhasn­i yang menyaksika­n dia mememangi pingat gangsa acara keirin di Olimpik London 2012 sebelum meraih perak di Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia