Berita Harian

Hafizh akui kecewa

-

Siti Nor Iasah

Kuala Lumpur: Terlepas pingat emas pada temasya lima tahun lalu di Rio De Janeiro membangkit­kan semangat Siti Nor Iasah Mohamad Ariffin untuk kembali menggegar dalam acara kegemarann­ya, 400 meter (T20) pada Sukan Paralimpik 2020.

Pelari kelahiran Johor yang dianggap veteran pada usia 32 tahun itu mengakui temasya di Tokyo kali ini berbeza, apatah lagi berasakan ia akan menjadi temasya terakhirny­a selepas 16 tahun terbabit dalam olahraga.

Bagaimanap­un, pandemik COVID-19 mengehadka­n dirinya daripada menyertai kejohanan utama dengan hanya simulasi di Majlis Sukan Negara bulan lalu menjadi kayu pengukur kekuatanny­a bagi mencantas masa 58.55 saat dilakukann­nya di Rio de Janeiro.

“Sasaran pingat itu susah sedikit, cuma saya mahu memperbaik­i catatan masa untuk mencerahka­n harapan meraih pingat. Masa simulasi itu saya hanya dapat 59.8s, saya langsung tidak sertai kejohanan sebelum ini, kekuatan lawan pun saya tak tahu.

“Cuma Alhamdulil­lah saya tidak mengalami sebarang kecederaan dan jika kena pada keadaan dan emosi yang baik di sana (Tokyo) nanti, saya boleh bawa pulang pingat. Mungkin ada rezeki kali ini,” katanya yang terlepas peluang di Rio berikutan pelari dari Poland seperti menjatuhka­n badan untuk meraih pingat gangsa pada final.

Siti yang turut dipilih sebagai pembawa bendera pada temasya kali ini bersama jaguh powerlifti­ng, Bonnie Bunyau Gustin berasakan amanah yang diberikan itu banyak meningkatk­an semangatny­a untuk beraksi dengan lebih baik pada kejohanan kali ini.

“Saya tidak pernah diberikan amanah sebesar ini (pembawa bendera Malaysia), rasa teruja sangat, semangat makin membara untuk negara,” katanya.

Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui kecewa selepas perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia musim ini yang dijadual berlangsun­g di Sepang pada Oktober ini turut dibatalkan.

Ini adalah kali kedua berturuttu­rut GP berkenaan dibatalkan selepas perkara sama berlaku musim lalu susulan pandemik COVID-19.

Katanya, dengan masa depannya yang masih tidak menentu, dia belum pasti sama ada berpeluang berlumba lagi di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) tahun depan.

“Saya tidak pernah berlumba Moto2 menggunaka­n enjin triumph di Sepang dan kali terakhir saya berlumba pada 2019 dalam kategori Motogp bersama KTM.

“Saya pun tidak tahu masa depan saya macam mana. Kalau saya tidak ada tahun depan, mungkin belum pasti ada pelumba Malaysia yang akan beraksi,” kata pelumba NTS RW Racing GP itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia