Berita Harian

Polis beri amaran premis perniagaan ingkar SOP PPN akan diarah tutup serta-merta

-

Shah Alam: Kerajaan negeri menerusi Program Selangor Vaksin (SELVAX) kini dalam persediaan untuk melaksanak­an suntikan ketiga (booster shot) sekiranya perlu.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembanguna­n Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, berkata persediaan turut dilakukan untuk penerima vaksin golongan berusia 18 tahun ke bawah.

“Bagaimanap­un, ia tertakluk kepada kelulusan Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID (JKJAV),” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, semalam.

Beliau berkata sedemikian bagi menjawab soalan Wong Siew Ki (Ph-balakong) yang bertanya mengenai jumlah baki vaksin Program SELVAX serta perancanga­n yang akan dilakukan dengan baki vaksin berkenaan.

Dr Siti Mariah berkata, sehingga 22 Ogos lalu, bilangan dos vaksin yang sudah disuntik menerusi SELVAX Komuniti 224,880 dos dan baki dos sebanyak 275,120 dos.

“Bagi SELVAX Industri, bilangan dos vaksin yang sudah disuntik (sehingga 22 Ogos) 142,719 dos daripada 750,000 dos yang diperuntuk­kan berdasarka­n stok yang sudah dibeli.

“Justeru, baki adalah 607,281 dos,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah turut memohon maaf kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bukan kerajaan di Selangor kerana tidak memaklumka­n berhubung maklumat terkini khususnya pembatalan operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SELVAX.

“Secara umumnya keseluruha­n (program SELVAX) berjalan dengan baik, namun saya minta maaf kalau maklumat tidak sampai kepada ADUN (bukan kerajaan).

“Kita membuat banyak hebahan di media sosial mengenai lokasi PPV, bila dan sebagainya.

“Insya-allah, selepas ini saya sendiri akan hantar kepada semua ADUN bukan kerajaan.

“Saya minta maaf sebab kita ada juga hantar kepada penyelaras ADUN dan maklumat ini sampai kepada mereka,” katanya yang menjawab soalan tambahan Haniza Mohamed Talha (Pn-lembah Jaya) berhubung pembatalan operasi PPV SELVAX yang tidak dimaklumka­n kepada ADUN bukan kerajaan di Selangor.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia