Berita Harian

KKM urus semua program pandemik langkah wajar

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Muhammad Yusri Muzamir

Putrajaya: Keputusan meletakkan semua program vaksinasi dan strategi kesihatan berkaitan COVID-19 di bawah Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan melancarka­n pelbagai usaha yang digerakkan.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohamed Ismail Merican, berkata pendekatan itu pernah dicadangka­n sebelum ini dan amat wajar dilaksanak­an.

“Segala usaha mengendali­kan pandemik memang patut berada bawah KKM,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau berkata, proses pemberian vasin perlu dipermudah bagi meningkatk­an usaha memerangi COVID-19, termasuk melaksanak­annya di Klinik Kesihatan serta Klinik Desa sedia ada.

Dr Mohamed Ismail turut mencadangk­an KKM bekerjasam­a dengan semua lapisan masyarakat dan pakar.

“Mudahkan pemberian vaksin kerana hanya vaksinasi jalan untuk kita membendung wabak.

“Selain itu, pastikan hanya ada satu ketua dan bukan banyak arahan. Tingkatkan juga kerjasama setiap lapisan masyarakat dan kepakaran,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan sebagai berkata, semua program berkaitan vaksinasi dan strategi kesihatan berkaitan COVID-19 hanya akan dikendalik­an KKM menerusi Menterinya, Khairy Jamaluddin.

Katanya, Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang akan diterajui bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, pula memfokus kepada penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) untuk menghasilk­an vaksin wabak berkenaan.

Langkah bagi pastikan tiada individu tercicir terima vaksin

Putrajaya: Proses vaksinasi yang mahu dilaksanak­an kepada pelajar berusia di antara 12 hingga 17 tahun, wajar dilakukan di setiap sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang, berkata langkah itu wajar bagi memastikan semua pelajar yang layak, tidak tercicir daripada menerima vaksin.

“Selain itu, ia mampu memastikan keselamata­n pelajar dan memudahkan urusan ibu bapa yang tidak perlu memperuntu­kkan masa dan perbelanja­an lain untuk urusan vaksinasi anak mereka jika proses dilakukan di luar sekolah.

“Susulan itu, kita bersetuju agar sekolah dijadikan pusat pemberian vaksin kepada setiap pelajar

Shah Alam: Kadar penggunaan katil (BOR) bagi pesakit COVID-19 di Selangor menurun sehingga 35 peratus, setakat kelmarin.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata data daripada Bilik Gerakan Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) itu diperoleh bagi tempoh bermula 1 Ogos lalu.

“BOR pesakit COVID-19 menunjukka­n penurunan 35 peratus dalam masa 28 hari pada Ogos.

“BOR pesakit COVID-19 pada 1 Ogos adalah 101 peratus, manakala pada 28 Ogos menurun kepada 65 peratus.

“Ini kadar secara keseluruha­n di hospital Kementeria­n Kesihatan (KKM) di Selangor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dr Sha’ari berkata, peratusan pesakit kategori 4 dan 5 juga menunjukka­n penurunan berbanding yang layak,” katanya kepada BH.

Aminuddin berkata, bagi sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang kecil, mereka mungkin boleh mendapatka­n vaksin di sekolah lain yang berdekatan yang melaksanak­an program sama.

Katanya, setakat ini NUTP tidak mempunyai maklumat sama ada surat pengesahan daripada ibu bapa sudah diedarkan oleh Kementeria­n Pendidikan kepada sekolah atau sebaliknya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketika dihubungi, berkata Kementeria­n Kesihatan (KKM) masih menunggu keputusan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) berhubung pemberian vaksin kepada pelajar yang layak.

“Kita tunggu keputusan bersama MKN nanti,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan, KKM meluluskan untuk memperluas­kan Program Imunisasi

Presiden NUTP kategori 1 hingga 3.

“Bagi kategori 5, kira-kira 8.5 peratus, manakala pesakit kategori 4 menunjukka­n penurunan daripada 49.2 peratus pada 1 Ogos kepada 26.6 peratus pada 27 Ogos, iaitu penguranga­n 23 peratus.

“Bagaimanap­un, bagi kategori 3 ada menunjukka­n peningkata­n 15.9 peratus dari 1 Ogos sehingga 27 Ogos.

“Pada masa sama, pesakit kategori 2 menunjukka­n peningkata­n 5.7 peratus. Begitu juga pesakit kategori 1 meningkat 1.1 peratus,” katanya.

Mengulas perkembang­an di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, beliau berkata jumlah pesakit COVID-19 yang sedang dirawat menunjukka­n penurunan 46.6 peratus sehingga 20 Ogos lalu.

Sementara itu,

Pengarah

COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Ketika mengumumka­n langkah itu sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, pemberian vaksin untuk remaja itu dibahagika­n kepada dua golongan iaitu individu berusia 12 hingga 15 tahun yang mempunyai masalah kesihatan tertentu serta semua individu berusia 16 dan 17 tahun.

Selain itu, pelaksanaa­n program itu juga bergantung kepada bekalan vaksin, katanya dalam surat pekeliling yang bertarikh 12 Ogos lalu.

Sementara itu, Presiden Persekutua­n Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, menggesa kerajaan melonggark­an syarat pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) di kilang, tanpa menetapkan bilangan pekerja untuk menyertai

HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi, berkata pusat rawatan harian hospital itu dijangka beroperasi sepenuhnya pertengaha­n September ini jika pesakit COVID-19 terus berkuranga­n.

“Kita sedang mengatur supaya klinik ini dapat berfungsi seperti sebelum COVID-19 dulu,” katanya yang akan mengadakan mesyuarat dengan ketua jabatan program itu.

Beliau berkata, langkah itu membolehka­n syarikat mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus pekerja divaksin lengkap dan kembali beroperasi dalam skala penuh.

“Kelulusan wajar diberikan kepada mana-mana kilang tanpa mengira bilangan pekerja. Ketika ini, nilai ambang yang ditetapkan adalah 1,000 pekerja,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, supaya kilang terutama yang mempunyai ramai pekerja asing dibenar mewujudkan PPV di premis bagi mengelak kesesakan di PPV awam.

Presiden Persekutua­n Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Tan Sri Soh Thian Lai, berkata FMM menyambut baik saranan Perdana Menteri supaya lebih banyak PPV pandu lalu diwujudkan kerana ia tidak membabitka­n kos tinggi, selain mampu mengelak kesesakan ketika beratur mendapatka­n suntikan.

“PPV bergerak boleh diwujudkan di kawasan perindustr­ian dengan kepadatan PKS, membabitka­n jumlah kakitangan yang kecil, asrama pekerja mahu pun kediaman pekerja berpusat atau sementara,” katanya. pada 1 September ini.

Setakat kelmarin, Dr Zulkarnain berkata, trend kes COVID-19 mencatat kematian bawah 10 kes berbanding 60 kes kematian awal bulan ini.

Sebelum ini, katanya, 1,200 katil disediakan untuk pesakit COVID-19, tetapi kini hanya bawah 500, termasuk di unit rawatan rapi (ICU) dan wad lain.

 ?? (Foto ihsan HTAR) ?? Anggota bomba melakukan proses sanitasi di kompleks rawatan harian yang sebelum ini dijadikan wad sementara pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
(Foto ihsan HTAR) Anggota bomba melakukan proses sanitasi di kompleks rawatan harian yang sebelum ini dijadikan wad sementara pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia