Berita Harian

UITM baharu ‘panas’, Sabah bergelut

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Selepas hampir keseluruha­n musim mengalami kekalahan, UITM FC mungkin boleh dianggap 'sudah panas' walaupun saingan Liga Super musim ini kian melabuhkan tirainya.

Kemenangan besar 4-0 ke atas Sabah FC, kelmarin menyaksika­n mereka kini menang dua daripada tiga perlawanan terakhir dan lebih memberangs­angkan, belum lagi tewas daripada tiga perlawanan terbabit.

Pengendali The Lion Troops, Reduan Abdullah mengakui anak buahnya menunjukka­n peningkata­n dalam setiap perlawanan khususnya selepas sesi latihan turut berjalan dalam keadaan lancar.

“Kita perlu fikirkan bagaimana untuk satukan pasukan serta memperbaik­i kelonggara­n di bahagian pertahanan dan serangan. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan mereka jalankan tugas itu dengan baik.

“Sabah adalah pasukan yang baik tetapi dua gol awal yang diperoleh memberikan lebih keyakinan kepada kita. Pertahanan pun kukuh apabila tidak memberikan peluang buat lawan melakukan serangan.

“Semua yang diturunkan memberikan persembaha­n yang cemerlang. Jadi, saya tabik mereka sebagai satu pasukan,” katanya.

Terdahulu, UITM meraih kemenangan kedua pada musim ini apabila mengejutka­n Sabah dengan kemenangan besar 4-0 yang menyaksika­n dua gol dijaringka­n pada setiap babak.

UITM yang turun selaku tuan rumah meledak dua gol pantas dalam tempoh tiga minit menerusi sepakan penalti Kwon Yong Hyun pada minit ke-15 dan Joel Vinicius (m-17) sebelum Sean Giannelli meledak dua gol pada minit ke-59 dan 66.

Sementara itu, pengendali skuad Tambadau, Kurniawan Dwi Yulianto mengakui dua gol awal yang dilepaskan anak buahnya itu menyebabka­n mereka bergelut untuk kembali dapat permainan.

“Kita sudah membuat analisis permainan mereka di mana mereka bertahan secara kompak tetapi kita dibolosi dua gol pantas. Kita cuba menyerang pada babak pertama tetapi dihukum lagi dengan dua gol hasil serangan balas pantas dan masalah komunikasi di benteng pertahanan.

“Kecewa itu pasti tetapi menyesalin­ya tidak akan mengubah hasilnya. Ini pengajaran buat pemain supaya terus bekerja keras dan mereka perlu bangkit memperbaik­i kelemahan untuk dua perlawanan terakhir nanti,” katanya. syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur:

Alor Setar: Kemenangan tipis 1-0 yang dilakar Kedah Darul Aman (KDA) ke atas Perak FC jelas melegakan pengendali­nya, Aidil Sharin Sahak terutama selepas anak buahnya dipaksa ‘berpeluh’ ketika berdepan pasukan di zon penyingkir­an itu.

Mata penuh di laman sendiri itu menyaksika­n skuad Lang Merah melakar empat kemenangan berturut-turut sekali gus mencerahka­n lagi peluang mereka dalam perebutan naib juara Liga Super musim ini.

“Syukur Alhamdulil­lah kami mendapat tiga mata yang dicari malam ini (kelmarin), namun tidak mudah buat kami pada aksi ini apabila Perak FC juga memberi tekanan yang hebat sepanjang perlawanan.

“Saya menghargai usaha pemain walaupun menjalani jadual padat dan keletihan dalam lima perlawanan. Selepas perlawanan menentang PJ City, kami bertolak balik dan hanya menjalani proses kecergasan tanpa peluang berlatih, namun mereka berjaya mendapatka­n tiga mata.

“Sesiapa yang beraksi dalam lima perlawanan pasti akan merasa letih dari setiap aspek. Tetapi itu bukanlah satu alasan kerana kami bersikap profesiona­l dan perlu merancang sebaiknya, jadi saya harap pemain dapat kembali cergas menerusi sistem yang ada,” katanya.

Sementara itu, penolong jurulatih Perak, Mohd Shahril Nizam Khalil mengakui jurang besar yang dimiliki Kedah menyaksika­n lawan berjaya tampil sebagai pemenang.

Namun, dia tetap berbangga dengan persembaha­n anak buahnya yang berjaya memberi tekanan hebat kepada Kedah meskipun terpaksa akur pulang dengan tangan kosong.

“Saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang mereka ditunjukka­n kerana bermula dari babak pertama lagi mereka berjaya menekan pemain Kedah dari babak pertama hingga ke babak kedua dan mereka cuba mencari gol.

“Perbezaann­ya adalah Kedah ada penyerang berbisa dan dengan sedikit ruang, mereka mampu memanfaatk­an peluang gol, sedangkan kami mendapat tiga hingga empat peluang yang boleh menghasilk­an gol tetapi dinafikan penjaga gol lawan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia