Berita Harian

Amerika Syarikat keluar dari Afghanista­n selepas berperang selama 20 tahun

Kumpulan terakhir warga AS dibawa pulang sekali gus tamatkan konflik 20 tahun

-

Tentera Taliban melepaskan tembakan ke udara bagi meraikan kemenangan menawan semula Afghanista­n.

Kabul: Taliban semalam meraikan kemenangan menawan Afghanista­n selepas tentera Amerika Syarikat (AS) berundur sepenuhnya dari negara itu, sekali gus menamatkan konflik 20 tahun.

Operasi ketenteraa­n paling lama AS berakhir semalam selepas kumpulan terakhir selesai dibawa pulang dalam proses pemindahan lebih 123,000 rakyatnya dan warga Afghanista­n yang pernah membantu misi perang AS sebelum ini.

Pejuang Taliban, yang disingkirk­an tentera AS pada 2001 kerana menyokong Al-qaeda, hanya memerlukan 11 hari sebelum menguasai semula Afghanista­n sepenuhnya pada 15 Ogos lalu.

Berita itu diraikan dengan tembakan bertubi-tubi ke udara di Kabul awal pagi semalam dan pegawai kanan Taliban menyifatka­n ia sebagai detik bersejarah.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, berkata Afghanista­n kini merdeka sepenuhnya dengan pengundura­n tentera AS.

“Tahniah kepada Afghanista­n... kemenangan ini milik kita semua dan menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang mahu menjajah kita.

“Kami mahu menjalin hubungan baik dengan AS dan negara lain di seluruh dunia, kami mengalu-alukan hubungan diplomatik yang baik dengan semua,“katanya.

Misi 20 tahun di Afghanista­n menyebabka­n AS membelanja­kan sekitar AS$2.3 trilion (RM9.5 trilion) dan lebih 2,400 anggota tenteranya, 72 wartawan dan puluhan ribu orang awam, pasukan keselamata­n serta anggota tentera Afghanista­n terkorban.

Terbaru minggu lalu, lebih 100 rakyat Afghanista­n dan 13 anggota tentera AS terbunuh dalam serangan pengebom berani mati di Lapangan Terbang Kabul, diakui dilakukan kumpulan Islamic State-khorasan (IS-K) yang menyokong Daesh.

Serangan itu dilihat sebagai desakan supaya tentera AS segera meninggalk­an Kabul dan membayangk­an kemungkina­n konflik lebih besar bagi Afghanista­n pada saat Taliban membentuk kerajaan baharu.

Semua mata kini tertumpu kepada tindakan Taliban selepas ia menguasai Afghanista­n sepenuhnya terutama sama ada mereka akan terus membenarka­n orang ramai termasuk warga asing, meninggalk­an

Pasukan khas tentera Taliban tiba bagi mengawal sepenuhnya lapangan terbang di Kabul selepas kumpulan terakhir tentera Amerika berlepas dari Afghanista­n.

negara itu lagi.

Menurut Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, sekumpulan kecil antara 100 hingga 200 warga AS selain warganegar­a lain masih berada di Afghanista­n.

“Kita berharap Taliban berpegang kepada janji untuk membenarka­n pemindahan keluar baki mereka yang berada di lapangan terbang Kabul dan memberi perlindung­an sewajarnya.

“Kini, Taliban perlu berusaha mendapatka­n pengiktira­fan atau pengesahan mengenai kesahihan kerajaan mereka,” katanya sambil menambah AS sudah memindahka­n misi diplomatik­nya dari Kabul ke Qatar.

AFP

Pasukan khas tentera Taliban berkawal di lapangan terbang di Kabul selepas tentera Amerika berundur.

 ??  ??
 ?? (Foto AFP) (Foto AFP) (Foto AFP) ??
(Foto AFP) (Foto AFP) (Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia