Berita Harian

Tarikh mesyuarat pertama Dewan Rakyat dipinda

Persidanga­n mulai 13 September beri laluan kepada hal, usul kerajaan perlu diselesaik­an

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 dipinda ke 13 September hingga 12 Oktober ini untuk bersidang selama 17 hari, berbanding 15 hari yang dijadualka­n sebelum ini pada 6 September hingga 30 September ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memberitah­u BERNAMA, tambahan dua hari persidanga­n yang sepatutnya berlangsun­g 15 hari adalah bagi memberi laluan kepada hal atau usul kerajaan yang perlu diselesaik­an.

Berdasarka­n Peraturan Mesyuarat, Azhar berkata, Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Mesyuarat mempunyai budi bicara menukar tarikh persidanga­n sekiranya difikirkan sesuai.

Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin dalam satu surat kepada semua ahli Parlimen kelmarin, memaklumka­n mengenai pindaan tarikh permulaan persidanga­n penggal keempat.

“Selaras Peraturan Mesyuarat 11 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya ingin memaklumka­n bahawa

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang dijadualka­n pada Isnin, 6 September hingga Khamis, 30 September dipinda ke Isnin, 13 September hingga Khamis 12 Oktober 2021,” katanya.

Jurucakap Parlimen yang dihubungi semalam juga mengesahka­n kandungan notis kepada Ahli Dewan Rakyat berkenaan, di samping ciapan di Twitter oleh beberapa ahli Parlimen pembangkan­g mengenai makluman notis pindaan itu yang diterima mereka malam kelmarin. Notis sama turut melampirka­n takwim baharu mesyuarat.

Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, dijadual berangkat merasmikan Istiadat

Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat pada hari pertama serta menyampaik­an Titah Diraja.

Berdasarka­n urusan majlis sidang itu juga, sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih dan Pembahasan Titah Diraja akan bermula pada hari kedua berlangsun­g hingga 21 September, sebelum diteruskan dengan jawapan menteri pada 22 dan 23 September.

Sidang kali ini akan menyaksika­n pembentang­an Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) pada 27 September, disusuli sesi pembahasan yang bermula 28 September hingga 4 Oktober.

Mesyuarat pertama bagi tahun ini juga dijadual berakhir pada minggu kelima dengan urusan majlis berkaitan Rang Undang-undang (RUU) dan urusan lain kerajaan pada 11 dan 12 Oktober ini.

 ??  ?? Azhar Azizan Harun
bagi
Azhar Azizan Harun bagi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia