Berita Harian

Kedah resah, Pahang ceria

- Oleh Izzali Ismail dan Asrol Awang

Aksi Kedah menentang Perak minggu lalu. Kedah menang 1-O.

bhsukan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kedah Darul Aman (KDA) dan Sri Pahang mengalami nasib berbeza menjelang aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Ketika Kedah boleh diibaratka­n ‘patah sayap’ selepas dua pemain tonggaknya, Rabih Ataya dan Kpah Sherman tidak dapat diturunkan, Sri Pahang pula ceria apabila dua pemainnya, Muslim Ahmad dan Herold Goulon boleh diturunkan.

Muslim yang juga kapten skuad Tok Gajah dan Goulon, masing-masing tidak beraksi ketika Sri Pahang tewas 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) Jumaat lalu, akibat kecederaan dan penggantun­gan akan memperkasa­kan skuad itu.

Ia disahkan pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh yang mengakui gembira dengan perkembang­an itu biarpun beberapa pemain utama lain masih belum pulih daripada kecederaan.

“Di sebalik masalah kecederaan yang menimpa beberapa pemain utama, saya tetap gembira apabila Muslim dan Goulon akan beraksi malam esok.

“Muslim sudah pulih daripada kecederaan manakala Goulon pula sudah menjalani pengantung­an satu perlawanan.

“Namun, saya akui tetap terkilan kerana tidak dapat menurunkan beberapa pemain utama yang masih cedera dan penggantun­gan pemain,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Kedah, Aidil Shahrin Sahak mengesahka­n Rabih dan Sherman perlu ‘terbang’ untuk menyertai pasukan kebangsaan masing-masing bagi menghadapi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022.

“KDA akan turun sebagai pasukan underdog untuk bertemu Sri Pahang FC kali ini dan kita sebagai pasukan pelawat menyedari kekuatan dan kelebihan adalah memihak kepada tuan rumah.

“Ketiadaan dua pemain import iaitu Rabih Ataya dan Kpah Sherman tetap akan dirasai kerana tugas mereka sangat penting dalam mempertaja­mkan serangan pasukan selama ini.

“Namun bagi memastikan momentum kemenangan dapat diteruskan bagi memburu kedudukan kedua liga, saya perlu lebih fokus mencari ramuan terbaik melalui perancanga­n kali ini dalam membuat penggantia­n pemain bagi dua posisi berkenaan,” katanya.

 ?? (Foto FB kdafc.my) ??
(Foto FB kdafc.my)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia