Berita Harian

‘Pembunuh senyap’ mara ke final

-

Kuala Lumpur: Atlet boccia negara, Chew Wei Lun terus melakar magis apabila mara ke final acara individu BC1, hari ini.

Wei Lun yang diberi julukan ‘pembunuh senyap Malaysia’ oleh ketua kontinjen, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin itu menewaskan lawan dari Portugal, Andre Ramos dengan keputusan 9-5 di separuh akhir, semalam.

Kejayaan mara ke final itu menyaksika­n pingat perak sudah berada dalam genggaman atlet kelahiran Johor itu, tetapi dia sudah tentu mahu magisnya berterusan di final dengan memenangi emas.

Di pentas final yang berlangsun­g di Pusat Gimnastik Ariake hari ini, Wei Lun, 26, dijadual bertemu juara bertahan dari Great Britain, David Smith yang menewaskan pemain Brazil, Jose Carlos Chagas de Oliveira, 7-4 di

Wei Lun mempamerka­n aksi mengagumka­n apabila mara ke final acara individu BC1.

satu lagi aksi separuh akhir.

Sebelum itu, Wei Lun melebarkan sayap penguasaan­nya di Tokyo apabila mudah mengetepik­an pemain China Zhang Qi dengan keputusan 4-2 di suku akhir.

Kemenangan di suku akhir itu adalah yang kelima berturuttu­rut buat Wei Lun selepas mencatat rekod tanpa kalah dalam saingan peringkat Kumpulan B yang turut disertai pemenang pingat emas Sukan Para Asia

2018 dari Thailand, Witsanu Huadpradit.

Untuk rekod, ini adalah penampilan sulung Wei Lun di temasya Paralimpik dan penyertaan pertama Malaysia dalam sukan ini.

Sebelum temasya Tokyo bermula, Wei Lun yang juga pemain ke-11 dunia dan pemain lelaki kelima terbaik Asia, hanya meletak sasaran untuk mara ke suku akhir.

Kuala Lumpur: Kem berbasikal para lebuh raya negara berdepan detik cemas, semalam apabila Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais mengalami masalah pernafasan hingga terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Fuji Speedway bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

Ketika insiden berlaku, Nur Azlia yang dibantu jurumudi, Nurul Suhada Zainal sedang berlumba dalam acara ujian masa wanita B di Fuji Internatio­nal Speedway.

Akibat insiden itu, Nur Azlia dan Nurul Suhada gagal menamatkan perlumbaan 32 kilometer (km) itu selepas Nur Azlia mengalami masalah pernafasan pada berbaki 3km terakhir.

“Nur Azlia bersama jurumudi, Nurul Suhada tidak dapat menamatkan perlumbaan ketika hanya berbaki 3km kerana Nur Azlia mengalami masalah pernafasan ketika sedang mendaki bukit terakhir.

“Dia dikejarkan ke Pusat Perubatan Fuji Speedway bagi mendapatka­n rawatan lanjut. Dr Jasmiza Khuzairi (ISN) bersama pasukan sejak perlumbaan di Velodrom Izu memaklumka­n bahawa Nur Azlia mengalami keletihan, kepenatan dan sedikit masalah pernafasan yang memerlukan pemeriksaa­n lanjut apabila pulang ke Malaysia nanti,” kata jurulatih, Sallehudin Mohd Noh.

Nur Azlia dan Suhada masih mempunyai satu lagi baki perlumbaan, Jumaat ini namun Sallehudin mengakui besar kemungkina­n anak buahnya itu akan menarik diri.

“Besar kemungkina­n dia tidak cergas untuk bertanding dalam perlumbaan terakhir itu,” kata Sallehhudi­n.

Pingat emas acara itu dimenangi pelumba Ireland, Katie George Dunlevy dengan catatan 47 minit 32.07 saat (s) manakala Lora Fachie dari Great Britain meraih perak, 48:32.06s.

Gangsa pula diraih pelumba Sweden, Louise Jannering dari Sweden dengan catatan, 49:36.06s.

Nur Azlia ketika dirawat di Pusat Perubatan Fuji Speedway.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia