Berita Harian

Harga maksimum kit ujian kendiri COVID-19 RM19.90

- Dr Sharifa Ezat Wan Puteh

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga kit ujian pantas kendiri antigen COVID-19 ialah RM19.90 berkuat kuasa Ahad ini.

Kuala Lumpur: Jangkaan negara beralih ke fasa endemik COVID-19 menjelang akhir bulan hadapan mengundang pandangan berbeza dalam kalangan pakar epidemiolo­gi, susulan kadar semasa pemvaksina­n negara.

Ada yang menyatakan jangkaan berkenaan mampu dicapai walaupun kadar pemvaksina­n belum melepasi 80 peratus, selain tidak kurang juga menjelaska­n peralihan fasa hanya boleh berlaku selepas negara mencapai imuniti kelompok.

Dari segi epidemiolo­gi, imuniti kelompok hanya akan terbentuk apabila 80 peratus keseluruha­n populasi daripada pelbagai latar belakang lengkap divaksinas­i, menjadikan pandemik boleh beralih kepada endemik.

Ini kerana, teori saintifik menjelaska­n, masyarakat sudah bebas berfungsi seperti sedia kala tanpa perlu bergantung kepada norma baharu, selain amalan itu hanya bersifat sebagai langkah pencegahan tambahan, jika negara berada dalam fasa endemik.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa

Ezat Wan Puteh, berkata norma baharu hanya terpakai jika penularan varian membimbang­kan (VOC) baharu direkodkan ketika negara berada dalam fasa endemik.

Beliau yang juga Profesor Kesihatan Awam, berkata pelaksanaa­n amalan itu juga hanya tertumpu kepada lokaliti tertentu yang terjejas dengan penularan VOC baharu berkenaan, tanpa membabitka­n rakyat keseluruha­n.

“Ia mirip pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang dikuatkuas­akan kerajaan ketika ini. Ini ke- rana, rawatan CO- VID-19 ketika fasa endemik hanyalah seperti sakit selsema biasa dan bukannya virus yang membunuh seperti peringkat awal penularann­ya.

“Justeru, saya sifatkan agak awal jika negara beralih ke fasa endemik menjelang akhir Oktober kerana ada banyak negeri yang kadar vaksinasi belum mencecah 50 peratus pun. Malah kadar vaksinasi kebangsaan bagi populasi keseluruha­n hanya 46.7 peratus setakat semalam.

“Kita tak boleh terlalu bergantung kepada kadar vaksinasi populasi dewasa kerana COVID-19 turut menjangkit­i kanak-kanak, selain golongan berkenaan boleh menjadi pembawa walaupun mereka tidak merekodkan jangkitan serius,” katanya kepada BH, semalam.

Sementara itu, pakar kesihatan awam (epidemiolo­gi dan biostatist­ik) dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, berkata peralihan ke fasa endemik boleh dibuat berdasarka­n beberapa parameter lain selain kadar vaksinasi, iaitu jumlah dimasukkan ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan kes kematian.

“Paling utama sistem kesihatan dapat berfungsi seperti sepatutnya, tidak hanya terjurus kepada COVID-19 sahaja. Saya tiada halangan untuk kita beralih ke fasa endemik jika sistem kesihatan tidak lagi terbeban dan peralihan perlu segera dilakukan bagi mengelak kesan terhadap kesihatan mental, sosial dan ekonomi.

“Tindakan kerajaan bergantung kepada (kadar vaksinasi) populasi dewasa pula saya anggap sebagai strategi memenuhi sasaran sekurang-kurangnya golongan berisiko yang menunjukka­n komplikasi atau angka kematian tinggi untuk didahuluka­n bagi pemvaksina­n.

“Berdasarka­n teori pun kalau selepas 40 hingga 50 peratus (kadar vaksinasi), angka jangkitan memang akan turun. Justeru, dari segi ketepatan untuk jangkaan situasi, lebih baik bergantung kepada data keseluruha­n dan bukannya hanya populasi dewasa sahaja,” katanya.

Di Kuching, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Sri Dr Sim Kui Hian, berkata negeri itu sudah bersedia memasuki fasa endemik mulai hujung Oktober tahun ini, dengan masyarakat boleh mula hidup dengan persekitar­an baharu bersama virus COVID-19.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia