Berita Harian

Johor Bahru dilanda banjir kilat

- (Foto ihsan pembaca)

Banjir kilat yang melanda beberapa perkampung­an di Masai, Johor Bahru awal pagi semalam mengakibat­kan banyak kerosakan barangan elektrik dan perabot penduduk apabila rumah mereka dimasuki air. Hujan lebat sejak tengah malam kelmarin menyebabka­n beberapa kampung di sekitar Johor Bahru dinaiki air dan 600 penduduk di kawasan terbabit dipindahka­n ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Keadaan rumah penduduk yang dimasuki air selepas hujan lebat di Masai.

Kenderaan ditenggela­mi air selepas banjir kilat landa Masai.

Tiga pusat pemindahan sementara dibuka di daerah Johor Bahru, Pontian bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Hujan lebat sejak tengah malam kelmarin mengakibat­kan Kampung Sepakat, Kampung Masjid, Sungai Masai, Desa Bakti dan Jalan Masai, dekat sini dinaiki air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che

Zakaria Mohd Salleh, berkata berikutan itu, seramai 600 penduduk di kawasan terbabit terjejas akibat kejadian itu.

Beliau berkata, bagaimanap­un tiada sebarang kejadian kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini dan semua mangsa berada dalam keadaan selamat.

“Tiada pusat pemindahan yang dibuka dan banjir kilat sehingga kira-kira satu meter juga sudah surut. Penduduk yang terjejas sedang melakukan kerja pembersiha­n ketika saya meninjau beberapa kawasan perkampung­an pagi ini (semalam) dan mangsa akan disalurkan bantuan yang berkaitan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Che Zakaria berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n bahawa kejadian banjir berkenaan berpunca daripada sistem saliran di kawasan berkenaan.

“Diharap Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) menjalanka­n kerja membersihk­an longkang, membesarka­n longkang dan parit bagi mengelakka­n musibah berkenaan berulang,” katanya.

Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) dalam kenyataan kelmarin berkata, kekerapan hujan di beberapa negeri kebelakang­an ini disebabkan negara sedang berada dalam tempoh Monsun Barat Daya (MBD) yang bermula pada 19 Mei dan dijangka berakhir pada minggu kedua atau ketiga September yang lazimnya cuaca kering.

Bagaimanap­un, katanya, ketika ini negara sedang mengalami keadaan tempoh monsun melemah (monsoon break).

Menurut kenyataan itu, monsun melemah itu berlaku di mana perubahan tiupan arah angin memasuki rantau negara hingga boleh menggalakk­an pembentuka­n awan aktif dan menyebabka­n cuaca lembap, sekali gus mempengaru­hi perubahan cuaca di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor, Kolonel Kamal Mokhtar, berkata tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Johor Bahru dan Pontian, semalam, selepas hujan lebat lebih enam jam melanda kebanyakan kawasan di negeri ini.

Katanya, tiga PPS yang dibuka itu membabitka­n PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10, Skudai serta PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Skudai di Johor Bahru, manakala sebuah lagi PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di Pontian.

“Jumlah mangsa banjir di dua PPS di Johor Bahru sedang dikemas kini berikutan pertambaha­n mangsa, manakala di Pontian membabitka­n 19 mangsa daripada lima keluarga.

“Dua PPS di Johor Bahru dibuka mulai jam 10 pagi tadi (semalam), manakala PPS di Pontian dibuka jam 11 pagi (semalam).

“PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 khas untuk mangsa banjir yang perlu menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat kes COVID-19, manakala mangsa banjir lain ditempatka­n di PPS SMK Skudai,” katanya dalam kenyataan, semalam.

 ??  ??
 ?? (Foto ihsan pembaca) ??
(Foto ihsan pembaca)
 ?? (Foto ihsan pembaca) ??
(Foto ihsan pembaca)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia