Berita Harian

Azhar sahkan ada terima usul supaya beliau mengosongk­an jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Dakwa laporan artikel ketepi usul untuk dibahas sebagai fitnah, jatuhkan reputasi

- roha@bh.com.my Oleh Rohaniza Idris

Kuala Lumpur: Datuk Azhar Azizan Harun semalam, mengesahka­n pejabat Speaker Dewan Rakyat menerima usul untuk menukarkan beliau pada persidanga­n yang akan datang.

Susulan usul yang diterima itu, Azhar menegaskan, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan atau campur tangan berkaitan usul terbabit kerana mempunyai percanggah­an kepentinga­n.

Justeru itu, katanya, apa-apa keputusan mengenai kedudukan usul berkenaan diserahkan kepada timbalanny­a, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

“Pejabat saya sememangny­a menerima usul untuk saya mengosongk­an jawatan saya dan juga supaya individu lain dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Sebaik menerima usul itu, saya telah utuskan surat kepada semua pembawa usul bahawa saya tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul itu kerana saya mempunyai percanggah­an kepentinga­n,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan itu bagi menjawab satu artikel disiarkan sebuah media tempatan bertajuk 15 Usul Tukar Speaker Ditolak

yang antara lain melaporkan Azhar menolak semua usul berkenaan.

Azhar menjelaska­n, beliau tidak mengetahui mengenai apa-apa keputusan yang mungkin dibuat Mohd Rashid berhubung usul berkenaan.

Katanya, laporan yang menyatakan beliau mengetepik­an usul berkenaan daripada dibahas jelas mempunyai unsur inuendo bahawa usul berkenaan ditolak olehnya adalah tidak benar.

“Saya anggap laporan itu bersifat pembohonga­n dan fitnah yang dibuat dengan niat untuk menjatuhka­n reputasi saya.

“Saya akan mendapatka­n nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rashid ketika dihubungi, enggan mengulas mengenai usul yang diterima itu dengan alasan hanya Speaker Dewan Rakyat sahaja boleh mengulasny­a.

“Kenyataan itu dikeluarka­n speaker, boleh berhubung dengan beliau,” katanya.

Pejabat saya sememangny­a menerima usul untuk saya mengosongk­an jawatan saya dan juga supaya individu lain dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun,

Speaker Dewan Rakyat

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia