Berita Harian

PM arah MKN dapatkan pandangan orang ramai untuk perkemas semula SOP berkaitan COVID-19

Guna pendekatan menyeluruh bagi lindungi nyawa, kesihatan menuju fasa endemik

- bhnews@bh.com.my Oleh Nor Azizah Mokhtar

Kuala Lumpur: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein yang kembali mengetuai Majlis Keselamata­n Negara (MKN) akan menilai dan memperkema­s prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan sebelum ini.

Beliau berkata, ia antara arahan utama yang diberikan oleh Perdana Menteri kepadanya berkaitan pengurusan pandemik COVID-91 di bawah majlis itu.

“Sidang Khas MKN hari ini (semalam) mengesahka­n bahawa saya akan kembali mengetuai usaha pengurusan pandemik di bawah MKN.

“Saya percaya, ini kerja berterusan dan memerlukan pendekatan yang inklusif,” katanya pada Sidang Media Khas di Kementeria­n Pertahanan di sini, semalam.

Beliau turut memaklumka­n usaha memperkema­s SOP kini dalam tindakan dan dilakukan secara berterusan.

Hishammudd­in berkata, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kelmarin, menyebut negara bakal memasuki fasa endemik bermula hujung Oktober ini yang mana kerajaan serta rakyat harus bersama-sama bersiap sedia bagi menjalani kehidupan seharian dengan norma baharu dan hidup bersama COVID-19.

“Dalam menuju ke arah fasa endemik ini, amat penting untuk pendekatan secara menyeluruh dilaksanak­an bagi menentukan SOP yang dapat melindungi nyawa serta kesihatan rakyat disamping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammudd­in turut mengajak rakyat untuk memberi timbal balas dan cadangan

Mengulas lanjut, Hishammudd­in berkata, pihaknya bersedia untuk membuka ruang kepada semua pihak termasuk rakyat bagi memberi pandangan serta maklum balas demi memenuhi kepentinga­n bersama.

“Pertama, kita berharap mendapat maklum balas daripada orang ramai bagaimana kita dapat memudah cara penyampaia­n segala SOP yang telahpun digubal.

“Kedua, kita perlu pastikan semua SOP itu dapat mengimbang­i tuntutan kesihatan, ekonomi, dan kesejahter­aan rakyat difahami oleh orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Hishammudd­in berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menempatka­n hospital medan dan pasukan vaksinasi ke lima negeri yang dikenal pasti mempunyai kadar penularan jangkitan COVID-19 harian tertinggi ketika ini.

Beliau berkata, kesediaan ATM itu berikutan kenyataan Khairy Jamaluddin, kelmarin, berhubung situasi jangkitan di lima negeri terbabit iaitu Sabah, Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Katanya, usaha mengurus dan meredakan situasi di kelima-lima negeri berkenaan sudah tentu menjadi keutamaan ATM kerana perkara paling penting bagi ATM ketika ini ialah memenuhi agenda nasional, terutama memerangi COVID-19.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Hishammudd­in pada Sidang Media Khas di Kementeria­n Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Hishammudd­in pada Sidang Media Khas di Kementeria­n Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia