Berita Harian

Wakil pembangkan­g sertai jawatankua­sa khas pandemik

Usaha kolektif semua pemegang taruh urus wabak

- suzalina@bh.my Oleh Suzalina Halid

Kuala Lumpur: Sidang Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 kini dikenali sebagai Jawatankua­sa Khas Pengurusan Pandemik dengan pembabitan wakil daripada parti pembangkan­g.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pendekatan itu dibuat sebagai antara usaha kolektif untuk membabitka­n semua pemegang taruh termasuk pembangkan­g dalam menguruska­n pandemik COVID-19 di negara ini.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti yang dirancang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia.

“Mesyuarat hari ini (semalam) sebulat suara bersetuju supaya Sidang Khas ini dikenali sebagai Jawatankua­sa Khas Pengurusan Pandemik membabitka­n wakil daripada parti pembangkan­g,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sejak mengambil alih pentadbira­n sejak 20 Ogos lalu, Ismail Sabri menawarkan ruang kepada pemimpin pembangkan­g untuk menganggot­ai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankua­sa Khas Menangani COVID-19.

Tawaran itu diumumkan ketika beliau menyampaik­an ucapan khas pertamanya selepas dua hari dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Perdana Menteri berkata, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaa­n, termasuk mewujudkan kerjasama rentas parti kerana kemelut politik yang melanda negara menimbulka­n keresahan dalam kalangan rakyat.

Ia juga bersempena dengan titah Yang di-pertuan Agong ketika sesi menghadap baru-baru ini supaya semua ketua parti poismail litik melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahter­aan dan kebajikan rakyat.

Pada 25 Ogos lalu, Perdana Menteri turut mengadakan rundingan dengan Ketua Pembangkan­g merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Pertemuan itu adalah bagi kerjasama dalam memperkasa fungsi Parlimen dan mencapai agenda kepentinga­n rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik COVID-19, menjaga nyawa dan keselamata­n diri daripada ancaman wabak.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, berdasarka­n unjuran data Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), purata kadar vaksinasi di setiap negeri dijangka mencapai 80 peratus bagi populasi dewasa menjelang penghujung September ini.

Katanya, beliau percaya kadar vaksinasi 100 peratus akan dicapai akhir bulan depan, sekali gus memberi perlindung­an kepada Keluarga Malaysia.

Ia penting bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti yang dirancang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia Ismail Sabri Yaakob,

Perdana Menter

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia