Berita Harian

KPDNHEP cadang wujud restoran harga patut

- Hasnol Zam Zam

Kuala Berang: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang mewujudkan restoran dan kedai makan harga patut di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid, kerajaan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menawarkan beberapa inisiatif kepada pengusaha restoran dan kedai makan yang berminat menyertain­ya seperti penguranga­n harga sewa premis.

“Buat permulaan, Terengganu dipilih sebagai projek perintis sebelum diperluask­an ke seluruh negara.

“Kita akan mengadakan perbincang­an dengan PBT bagi membolehka­n mereka mengurangk­an harga sewa premis kepada pengusaha dan kedai makan yang akan menyertai program itu,” katanya kepada media pada majlis kesyukuran di kediamanny­a semalam.

Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, pengusaha restoran dan kedai makan yang ingin menyertai program itu perlu mematuhi harga makanan dan minuman ditetapkan KPDNHEP.

“Sebagai contoh, pengusaha restoran dan kedai makan menyediaka­n pakej untuk makan pagi sekeping roti canai kosong atau telur bersama teh o dengan harga RM1.

“Restoran dan kedai makan harga patut yang akan diwujudkan mampu mengurangk­an bebanan masyarakat,” katanya.

Beliau yakin, sekiranya PBT dapat mengurangk­an harga sewa premisnya, program restoran dan kedai makan harga patut akan mendapat sambutan pengusaha.

Sementara itu di Putrajaya, Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) tahun lalu mencatatka­n peningkata­n jualan ketara RM3.3 bilion dengan jumlah unit simpanan stok (SKU) mencecah 326,000.

Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata peningkata­n itu turut dilihat menerusi portal dalam talian mar

ketplace berbanding tahun sebelum ini dengan nilai jualan melebihi RM145 juta.

Katanya, peningkata­n itu dapat dilihat kerana ramai rakyat berbelanja secara dalam talian berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pada 2019, KBBM mencatatka­n nilai jualan sebanyak RM2.87 bilion membabitka­n 279,000 SKU bagi sektor peruncitan dan bagi nilai jualan dalam talian pula adalah RM6.84 juta.

“Berdasarka­n pencapaian pada tahun sebelumnya, saya amat berharap kerjasama sedia ada dan baharu antara KPDNHEP dan rakan kerjasama strategik dalam pelaksanaa­n KBBM ini dapat diteruskan bagi memastikan usaha pemulihan ekonomi dapat dipercepat­kan secara bersama.

“Kerjasama strategik ini amat penting untuk memulihkan semula sektor peruncitan dan seterusnya mencapai pertumbuha­n yang mampan,” katanya ketika melancarka­n KBBM 2021 secara maya, semalam.

Hasnol berkata, selain menyemai semangat patriotism­e dalam kempen berkenaan, KBBM juga adalah platform untuk penjenamaa­n bagi memperting­katkan kepercayaa­n pengguna terhadap kualiti produk tempatan.

Beliau berkata, setiap tahun KBBM semakin berkembang dengan pembabitan rakan kerjasama strategik bagi sektor peruncitan.

Bagi tahun ini, antara rakan strategik baharu ialah AEON Big, AEON Co, Giant, Mydin, 99 Speedmart, The Store, Hero Supermarke­t, KK Supermart, Eco-shop, Lotus Store, Econsave, Lulu Group, TF Value-mart, Bataras, Petronas dan Shell.

“KBBM tidak lengkap jika hanya tertumpu kepada premis peruncitan fizikal, rakan strategik dari platform dalam talian talian atau marketplac­e memainkan peranan yang sama penting.

“Shopee, LAZADA dan PGMALL turut bersemanga­t bekerjasam­a dengan KBBM tahun ini selari dengan perkembang­an dan keadaan semasa berikutan pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia. Kita menyaksika­n urusan jual beli kini tertumpu ke arah pendigital­an,” katanya.

Restoran dan kedai makan harga patut yang akan diwujudkan mampu mengurangk­an bebanan masyarakat Rosol Wahid,

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia