Berita Harian

Kes baharu COVID-19 kembali lepasi angka 20,000

-

Putrajaya: Tujuh negeri kekal dengan jangkitan harian baharu melebihi empat angka ketika penularan COVID-19 negara ini kembali melepasi 20,000 iaitu 20,988 kes baharu semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes yang dilaporkan semalam, Selangor kekal negeri mencatatka­n jangkitan tertinggi dengan 4,073 kes.

Beliau berkata, enam negeri lagi mencatatka­n pertambaha­n kes empat angka iaitu Sarawak 2,992 kes, Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600) dan Kelantan (1,247).

“Selain itu, Terengganu (987), Perak (990), Kuala Lumpur (731), Pahang (599), Melaka (407), Negeri Sembilan (301), Perlis (90), Putrajaya (37) dan Labuan (lima),” katanya menerusi Facebook, semalam.

Jumlah keseluruha­n individu yang dijangkiti COVID-19 di negara ini mencecah 1,786,004 kes.

Sementara itu, pemberian vaksin COVID-19 harian mencatatka­n peningkata­n apabila sebanyak 398,134 dos suntikan diberikan sehingga malam kelmarin, sekali gus menjadikan kumulatif 35,150,474 dos vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekala Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi ciapan di Twitter semalam, memaklumka­n populasi keseluruha­n di Malaysia yang lengkap divaksin meningkat kepada 46.7 peratus atau 15,241,655 individu, setakat kelmarin.

Selain itu, katanya, sebanyak 61 peratus atau 19,932,137 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos pelalian itu.

Populasi dewasa sudah lengkap vaksin juga meningkat kepada 65.1 peratus, manakala yang menerima sekurang-kurangnya satu dos pula direkodkan sebanyak 85.1 peratus atau 19,932,137 orang.

Perkongsia­n sama turut menyaksika­n Labuan mendahului senarai peratusan keseluruha­n populasi lengkap divaksinas­i dengan 65 peratus.

Ia disusuli Lembah Klang yang merekodkan 68.3 peratus, diikuti Sarawak (63.2 peratus); Negeri Sembilan (57.7 peratus) dan Perlis (48.7 peratus); Pulau Pinang (44.7 peratus) dan Melaka (43 peratus).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia