Berita Harian

PDRM siasat ajaran sesat dipimpin Sittah Annur

-

Kota Kinabalu: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengumpul maklumat mengenai wanita bergelar Sittah Annur dan ajarannya, Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), yang didakwa bertentang­an dengan Islam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata siasatan perlu diteliti dan pihaknya akan mengumpul maklumat lengkap.

Beliau berkata, ajaran serta gerakan seumpama itu bukan perkara baharu dan siasatan turut membabitka­n jabatan lain.

“Saya lihat benda (ajaran PMYT) ini masih dalam kawalan dan kita tidak boleh terburu-buru untuk bertindak.

“Kita harus mengumpul maklumat lengkap kerana ia membabitka­n jabatan lain iaitu Jabatan Agama Islam. Kita harus mendapatka­n juga nasihat dan pandangan mereka,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pesuruhjay­a Polis Sabah, di Auditorium, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Metro Ahad berhubung wanita menggunaka­n gelaran Sittah Annur, yang mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah.

Dia juga mendakwa memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunaka­n media sosial seperti Facebook (FB), Youtube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, pihaknya juga dalam perancanga­n untuk memanggil individu terbabit.

Ditanya sama ada anggota beruniform turut menjadi pengikut ajaran PMYT, Acryl Sani berkata, pihaknya akan meneliti perkara itu.

Terdahulu, Acryl Sani menyaksika­n penyerahan tugas Pesuruhjay­a Polis Sabah yang baharu, Datuk Idris Abdullah daripada Datuk Hazani Ghazali, yang ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA).

Sementara itu, beliau berkata, PDRM memerlukan aset berteknolo­gi tinggi seperti dron dan kamera malam bagi mengesan dan mengekang aktiviti yang tidak sepatutnya di sempadan negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia