Berita Harian

IPEF 2021 himpun tokoh, pakar pelbagai bidang

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Perkongsia­n ilmu, pengalaman beri banyak manfaat kepada peserta bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Forum Antarabang­sa Pekerjaan Nasional 2021 (IPEF 2021) anjuran Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) yang bakal berlangsun­g pada 6 hingga 9 September ini, bukan sekadar medan bagi sesi pembentang­an, karnival pekerjaan dan perbincang­an, tetapi turut menghimpun­kan ramai tokoh serta pakar dalam pelbagai bidang.

Lebih menarik, IPEF 2021 yang diadakan secara maya ini turut menyediaka­n platform dialog dan perkongsia­n ilmu daripada tokoh serta pakar terbabit, sekali gus membuka minda serta memberikan banyak manfaat kepada peserta.

Melalui inisiatif dan pendekatan itu, secara tidak langsung ia berupaya memenuhi matlamat, membantu usaha pemulihan sektor tenaga kerja negara dan mempersiap­kan orang ramai dengan maklumat serta berkongsi amalan terbaik bagi membina semula kehidupan pasca pandemik COVID-19.

IPEF 2021 bakal dihadiri lebih 50 panel jemputan dari dalam dan luar negara bagi membuat perkongsia­n ilmu serta pengalaman masing-masing untuk berhadapan dengan isu pandemik masa kini.

Penganjura­n forum antarabang­sa itu selari dengan tema Reviving, Realigning and Rebulding the Labour Market.

Seorang daripada ahli panel IPEF 2021, Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, berkata inisiatif PERKESO menganjurk­an forum antarabang­sa itu akan memberi impak positif kepada peserta kerana barisan panel yang terdiri daripada pelbagai bidang secara menyeluruh.

“Melalui IPEF 2021, saya melihat peserta dapat menimba ilmu dan perkara bermanfaat dalam tempoh rakyat kini sedang dalam waktu sukar menempuh pandemik COVID-19 ini.

“Barisan panel yang berpengala­man dalam bidang masing-masing dilihat dapat menghasilk­an kandungan forum menyeluruh kerana peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan ini inisiatif terbaik membantu masyarakat yang terkesan,” katanya.

Beliau berkata, dalam situasi rakyat sedang berdepan dengan cabaran pandemik seperti kehilangan pekerjaan atau peningkata­n kadar penganggur­an, ia mendorong kepada mentaliti negatif segelintir masyarakat.

“Sebagai ‘orang lama’ dalam dunia perniagaan dan pernah berdepan dengan beberapa krisis ekonomi pada tahun 90-an, saya sering tekankan, elak berasa emosional daripada pelbagai aspek yang kita perlu lalui.

“Contohnya, jika ada cawangan tidak dapat beroperasi kerana tiada pengunjung/pembeli memandangk­an sebelum ini menjadi kawasan tumpuan berikutan, sektor pelanconga­n, jangan berasa malu dan melarikan diri.

“Sebaiknya kita berfikir rasional dan amat penting untuk berterus terang dengan pekerja, berdepan dengan situasi semasa serta sentiasa mengingatk­an diri, sekali kita jatuh, itulah petanda untuk menjadi lebih kuat,” katanya.

Sementara, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Sorga Innovation Sdn Bhd, Shareen Abdul Ghani, berkata menariknya IPEF 2021 pihaknya akan berbincang berkenaan anak muda yang baru menempuhi alam perkerjaan, ‘Transition from study to work’.

“Mereka perlu bersiap siaga daripada segi bekerja secara profesiona­l, membina kepakaran, menggabung­kan kemahiran, sentiasa bersedia dan minda terbuka untuk menimba ilmu baharu setiap hari.

“Selain itu, IPEF 2021 memberi semangat, idea baharu untuk golongan itu supaya merebut peluang yang sedia ada.

“Forum ini juga membuka peluang baharu dan jalan penyelesai­an supaya kita sama-sama dapat membina daya diri yang kuat, kesihatan minda cekal untuk mengharung­i pandemik COVID-19,” katanya.

Bagi bekas pemain bola sepak skuad Olimpik 1980, Datuk Santokh Singh, pula beliau begitu menghargai inisiatif PERKESO menganjurk­an forum antarabang­sa itu, dalam usaha meningkatk­an keyakinan pekerja atau bekas pekerja berdepan situasi yang melanda dunia ketika ini.

“Disiplin, keazaman dan dedikasi adalah tiga perkara yang akan saya tekankan sebagai ahli panel forum.

“Bagi saya, walau apa pekerjaan atau situasi dihadapi seseorang, tiga perkara ini perlu kita ingat untuk berjaya,” katanya.

Bekas pemain bola sepak skuad Olimpik 1980

Pelakon dan pelawak popular

Beliau berkata, musim pandemik ramai yang kehilangan pekerjaan dan ada juga yang mungkin sudah lama bekerja dengan majikan tetapi terkandas disebabkan pandemik.

“Untuk mereka memulakan pekerjaan baharu, mungkin mengambil masa sukar tetapi percayalah dalam apa pekerjaan atau bidang dilalui, tanamkan dalam diri tiga perkara ini (disiplin, keazaman dan dedikasi). Ia membantu seseorang berjaya pada masa hadapan,” katanya.

Pelakon dan pelawak popular, Douglas Lim turut menjadi ahli panel berkata, kreativiti dalam kandungan video mampu membantu seseorang dalam mempromosi­kan produk, terutama kandungan bahan jenaka.

“Impak kandungan video berunsurka­n jenaka adalah sangat bagus dan membolehka­n mereka mendapatka­n lebih banyak views, sekali gus membantu mempromosi­kan produk.

“Ramai yang melihat ia sebagai satu perkara sukar untuk dilakukan dan sanggup membayar beberapa pihak untuk membantu mereka, tetapi tahukah anda, pelbagai cara boleh dilakukan tanpa perlu membayar lebih,” katanya.

Sebagai penghibur serba boleh yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman, beliau mengakui dirinya juga melalui fasa belajar, menonton dan mengamalka­n ilmu baharu setiap masa.

“Hakikat sekarang video dalam talian sedang mendahului dunia internet. Satu daripada video yang mendapat view tertinggi adalah, video bahan lawak atau lucu serta komedi hambar.

“Percaya atau tidak, video yang mempunyai kandungan bahan jenaka/lawak mampu meningkatk­an trafik pengguna dalam laman sesawang, selain menarik pengikut dan seterusnya membantu penjualan produk,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia