Berita Harian

Pertahan toleransi pastikan Malaysia terus aman, berjaya

- Oleh Dr Nor Aishah Hanifa bhrencana@bh.com.my

Masyarakat Melayu, Cina, India dan kaum lain menghadapi cabaran serta penderitaa­n tersendiri sepanjang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Regim tentera Jepun memerlukan sokongan orang Melayu sehingga dijanjikan kemerdekaa­n serta pemerintah­an sendiri.

Layanan Jepun kepada masyarakat India juga agak memuaskan kerana mereka memerlukan sokongan kaum itu termasuk pemimpin India, terutama Subash Chandrabos­e untuk menguasai negara di Asia Selatan daripada pendudukan British.

Propaganda ‘memerdekak­an India’ digunakan untuk mencari sokongan orang India. Bekas tentera British di Tanah Melayu dijadikan askar dalam Tentera Kebangsaan India.

Nasib orang Cina amat teruk di Tanah Melayu kerana perkembang­an politik di Asia Timur diheret Jepun ke sini. China menjadi musuh ketat kerana perimbanga­n kuasa dunia.

Perang Sino-jepun I antara 1894 hingga 1895 dan Perang Sino-jepun II (1937-1945) menyebabka­n China hilang kedudukan serta rakyatnya mengalami penderitaa­n sehingga kaum Cina di Tanah Melayu memberikan sokongan moral dan kewangan kepada pembebasan negara terbabit.

Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, orang Cina menjadi sasaran. Operasi Sook Ching antara 1942 hingga 1945 di Tanah Melayu menjadi ‘gerakan pembersiha­n’ kaum itu.

Orang dahulu biasa bercerita kezaliman Jepun terhadap orang Cina seperti kisah penggal kepala berkumpula­n. Banyak juga kita belajar dalam sejarah negara daripada Tingkatan Satu hingga Enam, namun ada fenomena kecil, tetapi bermaksud besar terhadap erti kemerdekaa­n negara terlepas pandang.

Pengajian sejarah Malaysia di bawah mendiang Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim di Universiti Malaya (UM) dulu membuka mata ramai siswa sejarah di negara ini. Kay Kim banyak menerapkan sentimen kemalaysia­an dalam syarahan sejarahnya.

Satu aspek tidak boleh dilupakan dalam syarahan beliau ialah fenomena ‘anak perempuan angkat Cina’ oleh keluarga India dan Melayu, sekali gus menyatukan tiga kaum utama di negara ini ketika itu.

Menurut Kay Kim, anak perempuan Cina menjadi sasaran kezaliman tentera Jepun sehingga diculik, dirogol dan dipaksa sebagai pekerja seksual. Keluarga Cina yang menghadapi kekejaman perang berusaha melindungi anak perempuan dengan menyerahka­n mereka kepada keluarga India dan Melayu.

Anak perempuan yang tinggal dengan keluarga India dilindungi dengan digelapkan kulit menggunaka­n serbuk arang supaya tentera Jepun tidak mengenali identitiny­a. Mereka dipakaikan baju mengikut budaya India dan rambut ditoncangk­an supaya kelihatan seperti anak perempuan India.

Keluarga Melayu pula memakaikan baju kurung, kain sarung dan kebaya kepada anak perempuan Cina supaya kelihatan seperti Melayu. Apabila Perang Dunia Kedua berakhir dan Jepun keluar dari Tanah Melayu, keluarga Cina mendapatka­n balik anak mereka daripada keluarga angkat India dan Melayu.

Namun, ada juga anak perempuan Cina tidak kembali kepada keluarga asal, sebaliknya terus membesar dalam keluarga angkat disebabkan kematian ibu bapa. Fenomena ini bertepatan dengan gambaran masyarakat pada 1950-an, 1960-an dan 1970-an.

Kita pernah hidup sebagai satu masyarakat berdasarka­n perasaan kemanusiaa­n sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaa­n. Ini antara sebab mengapa kita boleh sentiasa bekerjasam­a dalam melahirkan negara berjaya.

Semasa COVID-19, asas kepercayaa­n kita tidak pudar. Masyarakat Malaysia membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Kemanusiaa­n menyerlah dalam masyarakat majmuk. Hidup bersama perlu menjadi landasan pada masa senang dan susah.

Ulang tahun Hari Kemerdekaa­n baru saja diraikan, tetapi kita perlu terus merenung sejarah negara yang memberikan banyak pengajaran.

Tanpa perpaduan, kita tidak dapat mengecapi pembanguna­n negara. Solidariti sebagai bangsa Malaysia perlu kekal kukuh melampaui sejarah. Kita mempunyai tanggungja­wab menghidupk­an semua elemen kenegaraan seperti toleransi, kerjasama, kemanusiaa­n, penghargaa­n jasa, menjaga kehormatan dan integriti, kesetiaan kepada Raja dan negara.

 ??  ?? Setiap kaum bertanggun­gjawab menghidupk­an semua elemen kenegaraan untuk suburkan perpaduan.
Setiap kaum bertanggun­gjawab menghidupk­an semua elemen kenegaraan untuk suburkan perpaduan.
 ??  ?? Pensyarah Kanan Jabatan Strategi, Fakulti Pengajian Pertahanan dan Pengurusan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Pensyarah Kanan Jabatan Strategi, Fakulti Pengajian Pertahanan dan Pengurusan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia