Berita Harian

Ditahan guna identiti palsu dapat suntikan

-

Melaka: Seorang wanita warga Myanmar ditahan ketika mendapatka­n suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di sebuah klinik di Melaka Tengah di sini, pada 18 Ogos lalu kerana dipercayai menggunaka­n identiti orang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superinten­dan E Sundra Rajan, berkata suspek berusia 27 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 petang selepas didapati menggunaka­n pendaftara­n vaksin COVID-19 melalui aplikasi Mysejahter­a yang didaftarka­n milik seorang pekerja lelaki dari sebuah syarikat percetakan di Cheng di sini.

“Kejadian itu disedari mangsa yang juga seorang warga asing berusia 30-an yang memeriksa maklumat penerimaan vaksin dalam aplikasi itu sudah dikemas kini dan tercatat mengambil dos pertama.

“Lelaki itu mengadu hal itu kepada majikannya sebelum majikan berkenaan membuat laporan polis yang mendakwa identiti pekerjanya digunakan oleh pihak ketiga untuk mendapatka­n suntikan vaksin,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pihaknya merampas satu kad vaksin atas nama suspek, i-kad bertulis ‘Malaysia Immigratio­n Regulation­s 1963 Visit Pass’ yang dipercayai palsu, satu salinan kad pasport yang tamat tempoh dan telefon bimbit suspek.

Beliau berkata, pihaknya mendapati klinik swasta terbabit mendapat kelulusan daripada pihak Kementeria­n Kesihatan untuk memberi suntikan vaksin COVID-19.

Katanya, suspek direman selama 17 hari bermula 19 Ogos hingga 4 September bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dengan jalan samaran dan menggunaka­n identiti individu lain bagi pendaftara­n vaksin COVID-19 melalui aplikasi Mysejahter­a.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia