Berita Harian

Warga emas derma darah 117 kali sejak usia 18 tahun

-

Kuching: Warga emas, Yunos Erol, menjadi antara individu yang aktif menderma darah di negeri ini apabila sudah menderma 117 kali sejak berusia 18 tahun.

Yunos, 60, dari Kampung Panglima Seman mula menderma darah sejak 1979.

Pesara Lembaga Pelabuhan itu berkata, dia aktif menderma darah bukan mahu menunjuk-nunjuk, sebaliknya atas kesedaran mahu membantu menyelamat­kan nyawa orang lain, selain untuk penjagaan kesihatan sendiri.

“Tiada niat lain saya membabitka­n diri secara aktif dalam aktiviti menderma darah selama ini. Saya hanya mahu membantu hospital mempunyai bekalan darah mencukupi bagi membantu menyelamat­kan nyawa,” katanya.

Bapa kepada enam anak itu yang mempunyai darah jenis O berkata, majikannya turut menggalakk­an aktiviti menderma darah dengan memberi cuti pelepasan kepada pekerja yang mahu berbuat demikian.

“Biasanya saya akan menderma darah dalam tempoh tiga bulan sekali dengan pergi ke Bank Darah Hospital atau menyertai aktiviti menderma darah dianjurkan di pusat beli-belah.

“Menderma darah bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Mereka yang mahu menderma darah mesti mempunyai tahap kesihatan yang baik,” katanya.

Yunos berkata, sebelum proses derma darah dijalankan seseorang akan menjalani ujian saringan kesihatan.

“Jika tekanan darah tinggi, kita tidak akan dibenarkan menderma, sebab itu sebelum menderma darah saya pastikan rehat dan tidur yang mencukupi, proses menderma darah biasanya mengambil masa antara 10 hingga 15 minit.

“Alhamdulil­lah, selama bergiat aktif dalam aktiviti menderma darah ini saya tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan, malah kesihatan saya semakin baik dan cergas setiap hari,” katanya.

 ??  ?? Yunos menunjukka­n buku derma darah miliknya di Kuching, semalam.
Yunos menunjukka­n buku derma darah miliknya di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia