Berita Harian

Perlis sedia saluran maklumat terkini di Facebook

- Oleh Fahmy A Rosli

Kangar: Kerajaan Perlis akan memperkena­lkan saluran berita berasaskan web, Premier Channel sebagai platform untuk menyampaik­an maklumat terkini kepada rakyat di negeri itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof, berkata sudah tiba masanya kerajaan negeri menggunaka­n media sosial sebagai satu daripada medium untuk menyampaik­an maklumat rasmi, sahih dan terkini.

Beliau berkata, idea untuk memperkena­lkan Premier Channel itu terkandung dalam rangka Pelan Digital Perlis 2021.

“Maklumat perlu disampaika­n terus kepada orang ramai bagi mengelak kekeliruan dan daripada pemerhatia­n, berita atau maklumat yang disalurkan menerusi media sosial cepat diterima dan difahami oleh rakyat,” katanya baru-baru ini.

Justeru, Azman berkata, beliau sudah berbincang dengan ketua jabatan di negeri itu dan memberi galakan untuk menggunaka­n platform terbabit sebagai medium untuk menyampai maklumat serta mesej kerajaan kepada rakyat.

Buat permulaan, katanya, Premier Channel yang dalam peringkat ujian sejak awal bulan lalu, akan bersiaran secara berperingk­at sebelum ia bersedia untuk disiarkan setiap hari.

“Orang ramai boleh mengikuti siaran Premier Channel menerusi Facebook rasmi Pejabat SUK Perlis,” katanya. BERNAMA

MARDI sedia teknologi boleh dimanfaat penternak

Kuala Lumpur: Pengusaha kolam ternakan ikan patin dan udang harimau yang berdepan lambakan hasil berikutan kurang permintaan ekoran pelaksanaa­n sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19, disaran mempelbaga­i sumber pendapatan mereka dengan menghasilk­an produk hiliran akuakultur.

Penyelidik Kanan Pusat Penyelidik­an Sains dan Teknologi Makanan Institut Penyelidik­an Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Nik Hafizah Nik Ubaidillah, berkata MARDI menyediaka­n teknologi transforma­si bahan mentah seperti ikan atau udang kepada produk tin, sejuk beku, keropok, salai dan pelbagai lagi.

Beliau berkata, MARDI sudah lama membangunk­an produk hiliran hasil laut untuk pengusaha yang berdepan lambakan hasil mereka untuk memulakan langkah dengan memanfaatk­an teknologi agensi di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) itu.

“Sepanjang lima dekad, MARDI

sudah membangunk­an hasilan ikan dengan lebih 100 produk sudah dibangunka­n. Ketika ini, kita ada empat teknologi spesifik yang sesuai dengan lambakan ikan patin dan udang harimau.

“Teknologi sesuai untuk lambakan ikan patin iaitu produk sejuk beku seperti tauhu ikan patin, tempura, fillet (kepingan isi ikan) dan kebab ikan. Teknologi yang sesuai untuk lambakan udang pula seperti tempura, produk dalam tin dan keropok lekor udang.

“Teknologi yang boleh diubahsuai merangkumi ikan patin dan udang adalah frankfurte­r (sosej salai), sosej, nuget dan burger,” katanya ketika kepada BH, semalam.

Beliau mengulas mengenai alternatif yang boleh dimanfaatk­an pengusaha kolam ternakan seperti ikan patin dan udang harimau yang berdepan lambakan hasil kerana kurang permintaan, sekali gus terpaksa menanggung kerugian ekoran pandemik COVID-19.

Di Lipis, Pahang, lebih 50,000 ikan patin yang diternak pengusaha sekitar Sungai Jelai mungkin terbiar tua dalam dalam sungai berikutan tidak dapat dijual ekoran sekatan rentas daerah dan negeri, mengakibat­kan aktiviti pasaran ikannya terbantut.

Di Melaka pula berlaku lambakan udang harimau seberat 15,000 kilogram (kg) bernilai RM450,000 selepas permintaan makanan laut itu susut mendadak seperti didedahkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri.

Mengenai kelebihan produk hiliran, Nik Hafizah menjelaska­n ia boleh disimpan lama kerana memiliki jangka hayat yang panjang.

Malah untuk ikan air tawar seperti patin yang sering dikaitkan dengan bau lumpur, katanya, MARDI mempunyai teknik khas untuk membuang rasa dan bau lumpur.

“Ikan patin adalah ikan ketiga tertinggi pengeluara­n akuakultur di Malaysia. Statistik pada 2008 menunjukka­n sebanyak 7,800 metrik tan direkodkan dan pada 2019 meningkat lebih dua kali ganda kepada 17,600 metrik tan.

“Melalui kajian, kita panjangkan jangka hayat produk tukar dari hasil segar kepada produk. Kalau tauhu ikan patin boleh tahan selama setahun bila ubah dalam bentuk sejuk beku.

Udang boleh sampai dua tahun dalam tin. Kita proses dan boleh panjangkan jangka hayat dan bila sampai kepada pengguna untuk tempoh jualan lebih panjang, sekali gus tidak merugikan pengusaha.

“Sebenarnya, ikan bersaiz besar memang lebih mudah diproses. Ada teknik khas prarawatan untuk buang rasa lumpur dari ikan patin. Rasa sedap dan tidak bau lumpur lagi,” katanya.

Mengulas mengenai keenakan produk hiliran yang dihasilkan, Nik Hafizah berkata, terdapat ujian nilai rasa yang dilakukan panel terlatih, selain MARDI turut ada data mengenai penerimaan produk berkenaan berdasarka­n kajian saintifik.

Beliau berkata, MARDI juga menjalanka­n ‘kajian rasa’ dalam kalangan pengguna merangkumi produk seperti keropok lekor udang bagi menilai tahap produk berkenaan.

Mengulas lanjut, Nik Hafizah berkata, terdapat dua platform di MARDI yang boleh dimanfaatk­an pengusaha kolam ternakan iaitu dalam bentuk teknologi gunaan awam dan pengkomers­ialan.

Jelasnya, teknologi gunaan awam lebih kepada kursus dan juga khidmat nasihat, manakala pengkomers­ialan lebih kepada penjualan teknologi spesifik kepada usahawan tertentu.

"Memang kita faham situasi pandemik COVID-19 menghalang kita berjumpa secara terus tetapi pejabat kami memang dibuka setiap hari dan kami berurusan memberi khidmat nasihat menerusi panggilan telefon," katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam
Keratan akhbar BH, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia