Berita Harian

BKC jana limpahan ekonomi lebih tiga kali ganda

-

Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1, membabitka­n dana RM3.1 bilion, berpotensi memberi kesan penggandaa­n kepada ekonomi antara tiga hingga kali ganda susulan tambahan perbelanja­an pengguna terutama kumpulan berpendapa­tan rendah, demikian kata penganalis­is.

Pembayaran BKC Fasa 1 itu akan dibuat secara berperingk­at mulai 6 September 2021 bagi penerima B40 dan 9 September 2021 bagi penerima M40 yang bakal memanfaatk­an 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas bujang atau tiada pasangan dan 4.5 juta individu bujang.

Profesor Ekonomi Sunway University, Dr Yeah Kim Leng, berkata pembayaran bantuan tunai itu tepat pada masa dan kritikal untuk membantu isi rumah yang terkesan dengan situasi pandemik berpanjang­an yang disusuli oleh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKPP).

Beliau berkata, suntikan

RM3.1 bilion itu akan memberi rangsangan perbelanja­an kepada ekonomi, sementara kesan penggandaa­n memberi sokongan kepada pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada bulan terakhir suku ketiga dan berterusan ke suku keempat.

“Pengganda penggunaan bagi kumpulan berpendapa­tan rendah yang rata-rata membelanja­kan 80 peratus daripada pendapatan diterima adalah kira-kira lima kali ganda dalam jangka panjang.

“Dalam tempoh terdekat, suntikan RM3.1 bilion dijangka menyumbang kurang sedikit daripada 0.2 peratus kepada KDNK negara,” katanya kepada BH mengulas impak pembayaran BKC Fasa 1 kepada ekonomi.

Mengulas lanjut, Yeah berkata, pemulihan ekonomi yang mapan adalah penting untuk kadar jangkitan harian COVID-19 berada di bawah kawalan supaya langkah membendung pandemik yang ketat boleh dilonggark­an dan pengguna rasa selamat serta

Profesor Ekonomi Sunway University yakin untuk berbelanja membabitka­n aktiviti di luar rumah.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pembayaran BKC itu seharusnya beri impak positif kepada ekonomi berikutan golongan B40 mempunyai kecenderun­gan tinggi untuk berbelanja.

Beliau berkata, memandangk­an lebih separuh KDNK negara terdiri daripada perbelanja­an swasta, bantuan tunai langsung itu seharusnya dapat beri lonjakan kepada KDNK bagi September dan juga suku keempat 2021.

“Berdasarka­n marginal propensity to consume (MPC) yang berada pada paras 0.71, ia akan menghasilk­an jumlah tambahan perbelanja­an sekitar RM2.2 bilion,” katanya.

Sementara itu, Ahli Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, berkata BKC Fasa 1 rangsangan ekonomi yang baik dan sokongan yang diperlukan khususnya golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat COVID-19 masih berlanjuta­n.

Beliau berkata, program lain seperti Bantuan Prihatin Rakyat, moratorium bayaran balik serta pengeluara­n i-sinar dan i-citra bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan turut menyokong pertumbuha­n perbelanja­an pengguna.

Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin pula berpandang­an pembayaran BKC Fasa 1 itu adalah manifestas­i awal kepada Kabinet yang menekankan budaya kerja berprestas­i tinggi dan menunjukka­n kerajaan peka terhadap keperluan semasa rakyat.

Beliau berkata, penyaluran bantuan tunai itu dijangkaka­n merangsang permintaan domestik negara dengan memacu sektor penggunaan swasta dan dapat menyegarka­n sedikit sektor perniagaan, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang begitu terkesan ketika ini.

Ahli Ekonomi MIDF Research

“Dari segi penggandaa­n ekonomi agak terhad, namun ia sedikit sebanyak memberikan kelegaan kepada penerima manfaat ini seperti mereka dalam kategori miskin tegar, B40, M40 dan golongan bujang yang berkelayak­an.

“Kesan pengganda ini dapat dilihat, terutama pada akhir suku ketiga tahun ini dari segi peningkata­n perbelanja­an boleh guna rakyat, penggunaan swasta dan beberapa sektor khusus seperti sektor perkhidmat­an dan subsektor perkhidmat­an, sektor makanan dan minuman, perdaganga­n borong dan runcit serta industri berasaskan makanan,” katanya.

Bagi peserta industri peruncitan pula, Setiausaha Agung Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Mohamed Mustakim Manaf, berkata peruntukan RM3.1 bilion itu secara langsung menyuntik aliran tunai ke dalam pasaran dan berharap akan berupaya merangsang sektor peruncitan.

Namun, katanya, jika bantuan tunai itu lebih bertumpu untuk B40 dan M40 melangsaik­an pinjaman kad kredit, kereta atau rumah, maka impak kepada sektor peruncitan adalah terhad.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pantas memberi kelulusan untuk segera mengagihka­n bantuan ini demi kebaikan warga B40 dan M40. Apa juga suntikan tunai ke dalam pasaran tetap dijangka membantu sektor peruncitan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia