Berita Harian

Dasar luar biasa diperlukan pacu semula ekonomi

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Kerajaan mesti ambil kira kesan teruk pandemik terhadap perniagaan, kehidupan rakyat zaky@bh.com.my

Kerajaan memerlukan dasar luar biasa untuk memacu semula ekonomi negara dengan keutamaan terhadap kesejahter­aan rakyat dan pembanguna­n semula perniagaan.

Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, berkata ekonomi negara yang sudah terjejas teruk akibat COVID-19 memerlukan inisiatif luar biasa untuk bangkit semula.

“Selain rakyat, perniagaan memerlukan sokongan untuk kembali aktif dalam aspek pelaburan.

“Mereka memerlukan sesuatu yang luar biasa untuk membangunk­an semula perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum MIDF Conversati­ons yang diadakan secara maya.

Forum dikendalik­an Pengarah Urusan Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF), Datuk Charon Mokhzani yang bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Cheah yang juga pengasas dan Pemegang Amanah Yayasan Jeffrey Cheah berkata, inisiatif luar biasa itu perlu dikemukaka­n dalam Belanjawan 2022.

Katanya, belanjawan tahunan yang dijadualka­n dibentangk­an di Parlimen pada 29 Oktober ini perlu berbeza dengan belanjawan terdahulu selepas mengambil kira kesan ekonomi dicetuskan pandemik yang menyebabka­n kadar penganggur­an terus melonjak, kesukaran rakyat serta perniagaan.

“Perlu ada dasar yang menggalakk­an perniagaan untuk terus yakin dengan kerajaan dan dapat memastikan rakyat keluar daripada kemelut yang belum pernah terjadi ini.

“Semua perlu bersatu untuk membawa kesejahter­aan kepada institusi. Malaysia memerlukan strategi untuk menyelesai­kan masalah dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan.

“Pendekatan digital perlu dilaksanak­an secara meluas dalam pelbagai aspek. Ini zaman digital bukan lagi analog,” katanya.

Berhubung dengan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), beliau menegaskan, dasar itu perlu dikekalkan kerana membawa banyak manfaat kepada

Pengerusi Sunway Group

ekonomi negara.

“Saya berharap dasar berkenaan tidak banyak diubah kerana kebanyakan peserta menyumbang kepada ekonomi negara dengan menarik minat pelaburan asing dan kemasukan pelancong ke Malaysia.

“Perlu fikir dengan berhati-hati sebelum ubah dasar ini,” katanya.

Bulan lalu, media melaporkan program MM2H yang sebelum ini dibekukan kini beroperasi semula dengan beberapa penambahba­ikan dan syarat baharu kepada peserta.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dilaporkan berkata ia berikutan kerajaan memahami kebimbanga­n rakyat mengenai kemasukan warga asing yang akan menambah lambakan warga berkenaan di negara ini.

Berikutan itu, Wan Ahmad Dahlan berkata, kerajaan bersetuju memperkena­l dan menetapkan jumlah peserta (prinsipal dan tanggungan) pada satu masa tidak melebihi satu peratus daripada jumlah warganegar­a Malaysia.

Bagaimanap­un, Isnin lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah kerajaan perlu menyemak semula syarat MM2H bagi mencapai imbangan positif kemasukan pelabur dan pertumbuha­n ekonomi negara.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada sidang media pertama selepas kembali semula ke Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) berkata, beliau sudah mengarahka­n pegawainya untuk menghubung­i individu terbabit bagi mengetahui hasrat mereka untuk terus berada pada program MM2H di negara ini.

Ia berikutan, kira-kira 8,000 daripada 57,478 peserta prinsipal dan tanggungan program terbabit didapati tidak bermastaut­in di negara ini.

Hamzah berkata, kerajaan sudah melakukan penambahba­ikan syarat permohonan Program MM2H, namun peserta sedia ada diminta tidak gusar dengan usaha yang dijalankan kerajaan itu.

Cheah pada forum MIDF Conversati­ons yang diadakan secara maya, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia