Berita Harian

Pelanggan Unifi terus meningkat

Pertambaha­n langganan 10 peratus kukuhkan prestasi kewangan TM

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Pelanggan perkhidmat­an jalur lebar Telekom Malaysia Bhd (TM), Unifi menunjukka­n peningkata­n luar jangkaan pada suku kedua 2021, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan kepada prestasi kewangan TM.

Penganalis­is Kenanga Investment Bank Bhd, Lim Khai Xhiang, berkata pertambaha­n pelanggan Unifi adalah sebanyak 10 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. Ia adalah lebih tinggi berbanding unjuran awal sebanyak 8.0 peratus.

Beliau berkata, peningkata­n langganan Unifi itu juga menurunkan kadar pelanggan Streamyx dengan lebih pantas.

Katanya, secara keseluruha­n, pelanggan TM tetap meningkat lima peratus seperti jangkaan pihaknya disebabkan situasi normal baharu yang memerlukan pekerjaan dari rumah.

“Secara kumulatif pada suku dikaji, TM mencapai lebih daripada dua juta pelanggan Unifi. Ia pencapaian yang memberangs­angkan sejak mencapai satu juta pelanggan unifi pada suku kedua 2017.

“Dari suku kedua 2017 hingga suku kedua 2020, TM merekodkan peningkata­n hanya 500,000 pelanggan Unifi. Ia memerlukan tempoh tiga tahun bagi mencapai 1.55 juta pelanggan.

“Namun dari suku kedua 2020 hingga suku kedua tahun ini, TM berjaya mencapai peningkata­n pelanggan dalam jumlah yang sama, tetapi hanya dalam tempoh satu tahun kepada 2.1 juta pelanggan,” katanya dalam satu nota penyelidik­an, semalam.

Khai Xhiang berkata, Unifi dijangka akan terus merekodkan pertumbuha­n positif dalam tempoh beberapa bulan akan datang didorong pengembang­an liputan berterusan TM dan permintaan kukuh bagi fiber.

Beliau berkata, walaupun purata hasil setiap pengguna (ARPU) Unifi dijangka turun, pertumbuha­n pelanggan yang berterusan akan mengatasi penurunan ARPU ini.

Ia sekali gus katanya, akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan Unifi.

Katanya, apabila sekatan pergerakan kembali dibuka, ia akan meningkatk­an kembali pendapatan perniagaan dan membolehka­n TM meneruskan kembali perniagaan perkhidmat­an jalur lebar perniagaan­nya.

Walaupun perbincang­an antara TM dan kerajaan untuk memindahka­n data sektor awam ke awan TM masih berjalan, Kenanga Research katanya, percaya perkara itu akan mula memberi sumbangan kumpulan bermula 2022.

Sementara itu, nota penyelidik­an Public Investment Bank Bhd, pula menyatakan sebagai satu-satunya penyedia perkhidmat­an awan Malaysia (CSP) di bawah Pelan Pembanguna­n Ekonomi Digital Negara, TM harus melihat keuntungan dari segi pendapatan data dan internet yang lebih tinggi pada masa akan datang.

TM katanya, merancang mengembang­kan lagi kemudahan pusat datanya bagi menampung jangkaan permintaan yang semakin meningkat dari sektor awam dan swasta.

“Masih ada tanah kosong di sekitar Pusat Data Teras Lembah Klang (KVDC) di Cyberjaya tetapi kumpulan itu juga sedang meneroka tanah di luar KVDC.

“Luas lantai kasar untuk KVDC TM dan Pusat Data Teras Iskandar Puteri (IPDC) masing-masing adalah 400,000 kaki persegi dan 350,000 kaki persegi,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? TM kini mencapai lebih dua juta pelanggan Unifi.
(Foto hiasan) TM kini mencapai lebih dua juta pelanggan Unifi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia