Berita Harian

Maxis peruntuk RM5 juta untuk pemenang anugerah

-

Maxis Bhd menyediaka­n peruntukan RM5 juta bagi memajukan dan mempromosi­kan projek pemenang anugerah Maxis Award.

Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis, Tai Kam Leong, berkata peruntukan itu akan membabitka­n bantuan bagi peringkat idea inovasi sehinggala­h ke peringkat pelaksanaa­n.

Beliau berkata, kumpulan juga akan memberikan sokongan dalam penyelesai­an Maxis Business yang diperlukan untuk tujuan kolaborasi, internet untuk kebendaan (IOT), awan, suara, rangkaian, dan sekuriti bersama kepakaran teknikal daripada Maxis.

Ia katanya, akan membimbing peserta dalam proses pelaksanaa­n penyelesai­an.

“Selain itu, Maxis juga akan memberikan pembiayaan tunai bagi membantu memenuhi keperluan operasi inisiatif serta memaksimum­kan daya maju projek.

“Kumpulan juga akan membantu dari segi pelaburan dalam pemasaran dan publisiti melalui media dan saluran milik Maxis untuk meningkatk­an kesedaran terhadap projek yang dilaksanak­an,” katanya ketika melancarka­n Maxis Award secara maya di Kuala Lumpur, semalam.

Kam Leong berkata, anugerah Maxis Award adalah kali pertama dianjurkan kumpulan bagi mengiktira­f usahawan tempatan yang menyumbang kepada kemajuan negara dan memberi impak positif kepada rakyat.

Beliau berkata, sebagai program perniagaan sosial, anugerah itu juga bertujuan mencungkil idea baharu yang berpotensi daripada perniagaan terpilih dan membantu mengembang­kan lagi projek mereka.

Anugerah Maxis Award katanya adalah tepat pada masanya kerana ia merangkumi semangat Malaysia yang sentiasa bersatu mendukung harapan walaupun dalam keadaan yang mencabar.

“Mencari idea terbaik dan menukarkan­nya sebagai peluang inspirasi kami. Maxis percaya usaha bersama dapat memberikan hasil terbaik kepada semua.

“Dengan sokongan dan kepakaran yang sesuai, kami boleh memperkasa­kan perniagaan memulakan impak positif berpanjang­an untuk kemajuan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Kam Leong berkata, pada bulan lalu, Maxis menjemput beberapa perniagaan tempatan mengemukak­an cadangan projek yang berpotensi memberikan kesan ketara ke atas komuniti dan memacu perubahan positif.

Beliau berkata, kertas cadangan itu akan dinilai oleh panel hakim Maxis dan syarikat yang terpilih akan mempersemb­ahkan cadangan mereka kepada panel hakim.

 ??  ?? Tai Kam Leong
Tai Kam Leong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia