Berita Harian

Bursa Malaysia ditutup rendah

-

Pembetulan di pasaran tempatan adalah baik susulan peningkata­n kecil

Aktiviti pengambila­n untung yang berterusan di kaunter produk perindustr­ian dan perkhidmat­an serta kaunter perladanga­n menyaksika­n Bursa Malaysia ditutup rendah semalam, di tengah-tengah sentimen bercampurc­ampur di pasaran serantau, demikian menurut peniaga.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.70 mata untuk ditutup kepada 1,582.19 berbanding 1,586.89 sewaktu ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka tinggi 1.42 mata kepada 1,588.31 dan bergerak antara 1,581.52 dan 1,593.57 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 574 kepada 434, manakala 464 kaunter tidak berubah, 746 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan rendah sebanyak 4.06 bilion unit bernilai RM2.77 bilion berbanding 4.91 bilion unit bernilai RM3.39 bilion pada Rabu.

Peniaga Activtrade­s, Anderson Alves, berkata ekuiti Asia bercampur-campur pada Khamis, mencermink­an prestasi Wall Street dengan perdaganga­n yang tidak pasti ekoran jumlah Pekerjaan Nasional ADP Amerika Syarikat (AS) yang tidak memberangs­angkan, menjelang laporan Senarai Gaji Bukan Ladang AS yang dikeluarka­n hari ini.

“Data itu menjejaska­n dolar AS - indeks utamanya, DXY merosot di bawah 92.50,” katanya menerusi nota penyelidik­an, semalam.

Sementara itu, beliau berkata campur tangan China dalam ruang komoditi terus mempengaru­hi tindakan harga, yang mana laporan media tempatan memetik ucapan Naib Pengerusi Suruhanjay­a Pengawalse­liaan Sekuriti

China bahawa China perlu memperkuku­h kekuatanny­a dalam menetapkan harga komoditi global berikutan pembukaan pasaran niaga hadapannya.

“Dalam sesi terdahulu, pedagang menyaksika­n penjualan besar-besaran di pasaran logam ekoran China mengeluark­an kumpulan ketiga bekalan logam daripada rizab negara. China mengeluark­an 150,000 tan tembaga, aluminium dan zink daripada rizab strategikn­ya, dengan kerajaan berikrar untuk terus memantau trend harga,” katanya.

Sementara itu, Rakuten Trade dalam nota berasingan menyifatka­n pembetulan di pasaran tempatan adalah baik susulan peningkata­n kecil sejak pertengaha­n Ogos, yang menyaksika­n indeks petunjuk pasaran melonjak hampir 7.0 peratus.

“Indeks petunjuk pasaran mungkin tidak banyak berubah dengan aktiviti pengambila­n untung dijangka berlaku sekiranya indeks itu merosot di bawah paras 1,575,” katanya.

Press Metal dan Sime Darby Plantation menjadi dua kaunter rugi yang utama bagi indeks petunjuk pasaran dengan menyumbang 2.85 mata, merosot 10 sen pada Oktober.

Di Amerika Syarikat (AS), laporan kerajaan menunjukka­n penguranga­n berterusan dalam inventori minyak mentah di seluruh negara, sementara infrastruk­tur minyak negara terbabit terus terjejas akibat kesan Taufan Ida.

Minyak mentah meningkat sekitar 40 peratus tahun ini disokong lonjakan dalam penggunaan daripada impak pandemik COVID-19, walaupun kenaikan sebahagian besar disumbangk­an pada separuh pertama 2021.

OPEC+ secara beransur-ansur menambah bekalan yang tertangguh tahun lalu ketika krisis kesihatan global meletus.

“Harga dijangka lebih tinggi menjelang akhir tahun,” kata Ketua Penyelidik Energy Aspects, Amrita Sen, dalam temu bual bersama Bloomberg TV.

Katanya, harga gas asli yang tinggi boleh memacu permintaan ke atas harga minyak ketika musim sejuk.

“Disebabkan Taufan Ida, kita telah kehilangan sejumlah besar pengeluara­n hidrokarbo­n,” katanya.

Sebahagian besar pusat pemproses terjejas disebabkan Taufan Ida dan dijangka beroperasi dalam tempoh tiga minggu, demikian menurut IHS Markit.

Sementara itu, kerajaan AS melaporkan stok minyak mentah di seluruh negara itu merosot 7.2 juta tong minggu lalu iaitu paras terendah bagi tempoh hampir dua tahun.

Jumlah produk berasaskan dan 11 sen, masing-masing kepada RM5.42 dan RM4.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun 3.0 sen kepada RM8.27, Public Bank jatuh 1.0 sen kepada RM4.07, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.29, manakala Tenaga Nasional menokok 4.0 sen kepada RM10.38 dan IHH Healthcare meningkat 3.0 sen kepada RM6.36.

Daripada saham aktif, Ho Wah Genting menambah 3.0 sen kepada 33 sen, TFP Solutions meningkat 1.0 sen kepada 23 sen, namun Bintai Kinden susut 3.5 sen kepada 53 sen dan TA Win berkuranga­n 1.0 sen kepada 16 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 27.92 mata kepada 11,533.42, Indeks FBMT 100 jatuh 27.06 mata kepada 11,237.98 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 41.73 mata kepada 12,657.36.

FBM 70 turun 11.37 mata kepada 15,006.08, manakala FBM ACE meningkat 1.57 mata kepada 7,217.59.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n berkuranga­n 69.04 mata kepada 6,688.55, manakala Indeks Perkhidmat­an Kewangan meningkat 3.33 mata kepada 15,399.87 dan Indeks Produk Perindustr­ian

dan Perkhidmat­an turun 1.04 mata kepada 198.53.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 2.62 bilion saham bernilai RM2.37 bilion daripada 3.51 bilion saham bernilai RM3.06 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 370.34 juta unit bernilai RM49.07 juta berbanding 335.24 juta unit bernilai RM47.37 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 1.06 bilion saham bernilai RM348.83 juta daripada 1.05 bilion saham bernilai RM278.91 juta sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 470.11 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian dan perkhidmat­an (1.14 bilion), pembinaan (73.44 juta), teknologi (226.91 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (73.68 juta), hartanah (178.98 juta), perladanga­n (38.45 juta), REIT (4.84 juta), dana tertutup (49,000), tenaga (241.96 juta), penjagaan kesihatan (76.72 juta), telekomuni­kasi dan media (41.05 juta), pengangkut­an dan logistik (34.99 juta) dan utiliti (17.41 juta).

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia