Berita Harian

Thailand kenakan cukai penyedia e-khidmat asing

-

Bangkok: Thailand mula melaksanak­an undang-undang cukai perkhidmat­an baharunya yang membolehka­n kutipan cukai nilai tambah (VAT) daripada penyedia e-perkhidmat­an asing.

Langkah yang diperkenal­kan kelmarin itu selari dengan lebih 60 negara seluruh dunia mengutip VAT daripada operator e-perkhidmat­an asing yang mengaut pendapatan dalam wilayah mereka.

Menurut laporan Bangkok Post, Akta Pindaan Kod Pendapatan mewajibkan penyedia perkhidmat­an elektronik asing dan platform elektronik dengan pendapatan lebih 1.8 juta baht (RM230,000) setahun, untuk membayar VAT.

Akta itu memperuntu­kkan pihak yang menyediaka­n perkhidmat­an elektronik kepada pelanggan yang tidak berdaftar dengan VAT di negara itu, wajib mendaftar dengan VAT, memfailkan pulangan dan membayar VAT dengan kiraan cukai output.

Menurut Kementeria­n Kewangan Thailand, e-perkhidmat­an tertakluk pada akta itu termasuk platform e-dagang; pengiklana­n, kemudahan tempahan, muzik, penstriman filem dan permainan dalam talian serta aplikasi.

Antara yang tertakluk dengan VAT termasuk Apple, Google, Facebook, Netflix, Line, Youtube dan Tiktok.

Bangkok Post melaporkan, Jabatan Hasil membangunk­an sistem VAT yang dipermudah­kan bagi pendaftara­n, pemfailan dan pembayaran VAT.

Menteri Kewangan Thailand, Arkhom Termpittay­apaisith, berkata undang-undang baharu itu akan mewujudkan lapangan yang saksama antara operator Thailand dan firma e-perkhidmat­an asing di negara itu.

Katanya, cukai baharu itu dijangka mengutip lima bilion baht (RM640 juta) daripada penyedia e-perkhidmat­an asing menerusi kutipan VAT pada 2022.

Jelasnya, kutipan VAT itu juga membolehka­n perolehan data berkenaan pendapatan yang diperoleh operator asing di Thailand, dan membantu dalam kiraan sebarang cukai baharu pada masa

depan. AGENSI

Srinagar: Pihak berkuasa India mengenakan tindakan keselamata­n di Kashmir, berikutan kematian ikon pemisah, Syed Ali Geelani pada usia 92 tahun.

Pasukan tentera kelmarin memasang kawat berduri dan penghadang di jalan menuju ke rumah Geelani di bandar Srinagar, selepas keluargany­a mengumumka­n kematian beliau.

Pengumuman menggunaka­n pembesar suara di masjid utama berhampira­n kediaman Geelani, meminta orang ramai menziarahi ke rumahnya.

Namun, polis menegaskan tiada seorang pun di lembah Kashmir dibenar meninggalk­an kediaman masing-masing.

Ribuan anggota keselamata­n segera dikerahkan ke lokasi, manakala perkhidmat­an internet mudah alih di seluruh kawasan terbabit dipotong.

Sejumlah kenderaan dan trak berperisai turut meronda sekitar jalan utama di Srinagar.

Ketika hayatnya, Geelani giat berkempen menentang pemerintah­an India di wilayah Himalaya dihuni penduduk majoriti Muslim itu yang terbahagi antara India dengan Pakistan sejak 1947.

Beliau dipenjarak­an selama bertahunta­hun, selain dikenakan tahanan rumah untuk sebahagian besar sepanjang tempoh 11 tahun lalu.

Kesihatan beliau merosot sejak beberapa bulan lalu kerana

Syed Ali Geelani masalah jantung dan buah pinggang.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, antara yang terawal memberi penghormat­an kepada Geelani dengan menciap bahawa beliau ‘sangat dukacita’ atas kematian ‘pejuang kebebasan Kashmir’ itu.

“Geelani berjuang sepanjang hidupnya untuk rakyat serta hak mereka menentukan keputusan sendiri.

“Beliau dipenjarak­an dan berdepan tekanan oleh India, namun tetap tegas dengan pendirian,” katanya. AFP

 ??  ?? Arkhom Termpittay­apaisith
Arkhom Termpittay­apaisith
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia